Nasi goreng pun ada ‘red flag’... Jangan guna nasi lembik, tambah sayur kubis pun boleh ‘potong’ selera
NASI goreng mungkin kelihatan mudah untuk dimasak, apatah lagi ia dianggap sajian harian rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, untuk menghasilkan nasi goreng yang benar-benar sedap, ia memerlukan perhatian dari segi teknik memasak dan pemilihan bahan.
Perkara ini penting bagi memastikan rasa, aroma dan tekstur nasi goreng menepati cita rasa.
Seorang pengguna Thread @fizekhalid berkongsi pendapat tentang perkara yang dianggap sebagai 'red flag' dalam nasi goreng mendapat perhatian warganet.

Katanya, penggunaan nasi lembik adalah perkara paling 'potong' dalam pembuatan hidangan itu.
Apatah lagi ramai tahu nasi goreng yang enak adalah menggunakan nasi sejuk kerana teksturnya lebih keras dan menjadi lembut apabila digoreng.
“Saya merupakan pemburu nasi goreng yang sedap. Salah satu red flag nasi goreng adalah bila guna nasi lembik,” tulisnya.
Perkongsiannya itu mencuri perhatian ramai sehingga mengundang perbincangan hangat di ruangan komen.
MENARIK DIBACA: Tak payah guna serbuk perasa, tumbuk campuran bahan-bahan ini cukup buat nasi goreng bertambah sedap
MENARIK DIBACA: [V] Memang puas dapat makan nasi goreng pedas puaka, peniaga tak kedekut letak udang selambak!
Rata-rata netizen bersetuju bahawa tekstur nasi memainkan peranan penting dalam menentukan kesedapan nasi goreng.
Ada juga berpendapat penambahan sayur-sayuran pada sajian itu juga boleh membantutkan selera makan.
“Saya paling tak suka nasi goreng ada tiga sekawan... carrot, kobis dengan kacang peas.
“Red flag nasi goreng: rasa manis. Potong terus!

“Setuju! Kekuatan nasi goreng bukan sahaja pada perencah, tapi bila nasi tu peroi… baru ngam," komen netizen.
Namun begitu, selera adalah perkara subjektif dan setiap orang mempunyai citarasa berbeza.
Apa yang dianggap ‘red flag’ bagi seseorang mungkin menjadi kegemaran orang lain.
Tak kira bagaimanapun rupa nasi goreng itu disajikan, yang penting ia dinikmati dengan cara paling menggembirakan tekak masing-masing.