Bazar Kopi Ber-Kuali-Ti khas untuk 'kaki kopi', peminat matcha dan geng suka makan!
JIKA anda peminat kopi, pencinta makanan atau sedang mencari aktiviti santai bersama keluarga atau rakan-rakan, program Kopi Ber-Kuali-Ti yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya adalah pilihan tepat.
Bersempena Hari Kopi Antarabangsa 2026, Kuali menganjurkan acara sulung berkonsep bazar jualan yang menghimpunkan vendor makanan dan minuman, khusnya kopi di satu lokasi.
Acara ini berlangsung pada Khamis, 1 Oktober 2026, bermula dari 8.30 pagi hingga 5 petang di lobi dan perkarangan Menara Star.
Paling penting, ia terbuka untuk orang awam dan tiada bayaran masuk dikenakan!
Acara 'kaki kopi' dan pencinta makanan
Daripada kopi, teh dan coklat hinggalah pencuci mulut serta buah-buahan segar, pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman sepanjang hari.
Jadi, kalau anda memang jenis yang tak boleh mulakan hari tanpa kopi dan perlukan kopi untuk mengembalikan tenaga, inilah masa untuk mencuba sesuatu yang baharu sambil menikmati suasana santai bersama komuniti pencinta makanan.

Dua anak syarikat PKPS, PKPS Ehsan Marketing Sdn Bhd dan Selangor Fruit Valley (SFV), turut membuka reruai masing-masing.
Barista juara dunia
Bukan sekadar datang untuk makan dan minum, pengunjung juga berpeluang menimba ilmu kopi menerusi sesi ‘Barista Talk’ bersama Nas Jaafar, Juara World Brewers Cup 2026.
Beliau akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai dunia kopi, termasuk seni penyediaan minuman yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, acara turut diserikan dengan gimik perasmian oleh cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menerusi karya seni manisan ‘Sweet Table’.
Penyanyi Ara Johari juga akan tampil membuat persembahan untuk menghiburkan pengunjung.
Bawa pulang cenderamata
Kopi Ber-Kuali-Ti bukan sekadar tentang kopi dan makanan.
Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti Kuali Quiz and Merch, Blind Box Redemption dan sesi bergambar di photobooth.

Selain itu pengunjung juga akan menerima pelbagai hadiah termasuklah Squiggles Choco Malto dan Gardenia Original Classic Supreme tajaan Gardenia Bakeries KL.
Dengan tagline Kuali, ‘Lebih Daripada Resipi’, acara ini membawa semangat yang sama – makanan bukan sekadar tentang apa yang ada di atas meja, tetapi juga pengalaman, komuniti dan kenangan yang tercipta di sekelilingnya.
Jumpa anda di Kopi Ber-Kuali-Ti!