info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kuih talam Tokyo sedap, tapi sering dituduh 'scammer' gara-gara seri muka

Lead Image

NAMPAK sahaja kuih berwarna hijau dengan lapisan putih di bahagian bawah, ramai terus menyangka ia kuih seri muka.

Bagaimanapun, jangan tertipu dengan warna rupanya kerana ada kuih lain yang kelihatan hampir sama dengan seri muka tetapi mempunyai tekstur dan rasa berbeza.

Itulah pengalaman seorang pengguna Threads yang mengakui dirinya ‘tertipu’ selepas makan sejenis kuih yang disangka seri muka.

Perkongsian menerusi laman Threads.

Menurutnya, selepas gigitan pertama barulah dia menyedari bahagian bawah kuih tersebut sebenarnya sagu, bukannya pulut.

“Sesungguhnya kuih ini adalah 'scammer'. Selalu salah ambil sebab sangkakan seri muka, sekali dia bukan.

“Apa nama kuih ni sebenarnya?” soalnya.

MENARIK DIBACA: Urum enak dari Sarawak antara kuih tradisional paling senang nak buat

MENARIK DIBACA: Cara tradisional guna inti kelapa, kuih ketayap versi moden tampil dengan isi coklat

Hantaran tersebut mencuri perhatian netizen yang tahu kuih berkenaan merupakan talam Tokyo.

Bagaimanapun ramai juga netizen mengakui pernah ‘kena scam’ kerana rupa kuih tersebut seakan-akan seri muka.

Ada juga yang berkongsi tentang keenakan talam Tokyo malah dikatakan lebih menyelerakan dengan tambahan lapisan gula Melaka.

Komen netizen menerusi laman Threads.

“Talam Tokyo... lagi sedap daripada seri muka bagi saya. Ada dua layer, gula Melaka dan pandan lagi sedap,” kongsi seorang netizen.

Untuk info, talam Tokyo menggunakan sagu, kelapa parut dan santan, manakala bahagian hijaunya pula menggunakan bahan berasaskan pandan yang memberikan warna serta aroma tersendiri.

Berbeza dengan seri muka yang mempunyai lapisan pulut di bahagian bawah, tekstur sagu dalam talam Tokyo memberikan rasa yang lebih kenyal apabila dimakan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Bazar Kopi Ber-Kuali-Ti khas untuk 'kaki kopi', peminat matcha dan geng suka makan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ke kopitiam mesti pekena roti bakar, tapi ramai tak tahu beza kaya pandan dan coklat

Terhangat