info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ke kopitiam mesti pekena roti bakar, tapi ramai tak tahu beza kaya pandan dan coklat

Lead Image

SEKALI pandang, nampak macam sama sahaja. Tetapi siapa sangka sapuan kaya pada roti yang biasanya dinikmati di kopitiam sebenarnya berbeza mengikut warna.

Secara asasnya, kedua-dua sapuan manis ini menggunakan bahan seperti santan, telur dan gula.

Perkataan ‘kaya’ pula merujuk kepada teksturnya yang pekat, lembut dan berkrim selepas dimasak perlahan.

Kaya coklat atau kaya Hainan mempunyai warna lebih gelap dengan rasa pekat serta sentuhan karamel.

Kaya berwarna hijau lazimnya dikenali sebagai kaya nyonya dan dikaitkan dengan masakan masyarakat Peranakan, menggabungkan pengaruh tradisi Cina dan Melayu.

Warna hijau serta aroma harum kaya ini biasanya terbit daripada penggunaan daun pandan. Sebab itu rasanya lebih menonjol dengan rasa manis dan wangian pandan cukup kuat. 

Kaya nyonya juga menjadi inti atau pelengkap kepada pelbagai kuih tradisional.

MENARIK DIBACA: Jangan langgar pantang larang ini masa goreng bendi! Barulah tak lembik, berlendir

MENARIK DIBACA: Influencer Bella Khan pun dah cuba, air rendaman bendi banyak betul khasiatnya

Berbeza pula dengan kaya coklat, ia sering dikaitkan dengan kaya Hainan yang sinonim dengan budaya kopitiam tradisional di Malaysia dan Singapura.

Warna lebih gelap pada kaya ini terhasil apabila gula dipanaskan sehingga melalui proses karamelisasi.

Sesetengah resipi turut menggunakan gula Melaka bagi menghasilkan warna lebih gelap serta rasa lebih pekat.

Tidak hairanlah kaya Hainan begitu biasa ditemui bersama roti bakar di kopitiam.

Gabungan kaya, mentega, roti rangup, telur separuh masak dan kopi menjadi antara menu sarapan cukup dekat dengan budaya makan masyarakat di Malaysia.

Kaya hijau atau kaya Nyonya biasanya mempunyai aroma pandan harum dan rasa manis.

Pendek kata, kaya hijau bukan sekadar kaya yang dicampur warna, manakala kaya coklat pula bukan sekadar berwarna lebih gelap.

Kedua-duanya mempunyai ciri tersendiri bergantung kepada bahan dan cara penyediaannya.

Kaya hijau lebih menyerlah dengan aroma pandan wangi dan rasa manis, manakala kaya coklat mempunyai rasa lebih 'mendalam' dengan sentuhan karamel. 

Jadi, selepas ini kalau nampak dua jenis kaya di kedai kopi, bolehlah perhatikan betul-betul kerana mungkin selama ini anda makan tanpa pernah tahu bezanya.

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kuih talam Tokyo sedap, tapi sering dituduh 'scammer' gara-gara seri muka

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Sosej merah jenama popular kini dibuat guna pewarna dari ekstrak serangga

Terhangat