info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Sosej merah jenama popular kini dibuat guna pewarna dari ekstrak serangga

Lead Image

'HOT dog' merah terang yang menjadi antara makanan ikonik di Maine, Amerika Syarikat (AS), bakal melalui perubahan apabila pengeluarnya tidak lagi menggunakan pewarna tiruan Red Dye 3.

Sebaliknya, syarikat W.A. Bean yang menghasilkan 'hot dog' atau sosej dikenali sebagai 'red snapper' itu memilih bahan pewarna semula jadi ekstrak serangga, sekali gus membuatkan ramai terkejut. 

Menurut laporan media antarabangsa, ekstrak berkenaan dikenali sebagai karmin dan dihasilkan daripada serangga 'cochineal' yang dikeringkan dan dikisar. 

Bahan ini digunakan dalam industri makanan untuk memberikan warna merah kepada pelbagai produk termasuk yogurt, gula-gula, jem dan makanan ringan.

Ekstrak karmin daripada serangga cochineal digunakan sebagai pewarna merah dalam pelbagai produk makanan.

Perubahan ini dilakukan selepas syarikat berkenaan menguji pelbagai pilihan untuk menggantikan Red Dye 3 yang selama ini digunakan bagi menghasilkan warna merah terang pada 'hot dog' diketengahkan mereka.

Pengarah jualan W.A. Bean, Sean Smith memberitahu bahawa pihaknya mencuba terlalu banyak alternatif sebelum memilih ekstrak karmin sebagai pengganti paling sesuai.

Walaupun sumber warnanya berubah, pengeluar ini memberi jaminan bahawa perubahan tersebut tidak menjejaskan rasa atau tekstur 'hot dog'. 

MENARIK DIBACA: Sushi Push Pop jadi fenomena di New York, disajikan dalam bekas silinder

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar wangi, rupanya ada sebab lain daun bawang perai laris musim Tahun Baharu Cina

Syarikat ini turut menjelaskan bahawa penggunaan warna merah semula jadi adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk terus mengekalkan tradisi makanan ikonik Maine, sambil beralih kepada penggunaan bahan dianggap lebih semula jadi.

Perubahan ini juga berkait dengan keputusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada Januari 2025 yang mengumumkan penghapusan penggunaan Red Dye 3 dalam makanan dan minuman.

Hot dog ‘red snapper’ terkenal dari Maine, Amerika Syarikat yang mempunyai warna merah terang.

Pengeluar makanan diberi tempoh sehingga 15 Januari 2027 untuk menghentikan penggunaannya.

Menariknya, syarikat ini mendakwa mereka sudah mula mencari alternatif kepada Red Dye 3 sejak beberapa tahun lalu, iaitu sebelum pengumuman FDA dibuat.

Difahamkan, penggunaan ekstrak karmin juga menelan kos lebih tinggi berbanding pewarna digunakan sebelum ini.

Bagaimanapun, peningkatan kos bahan tersebut tidak bermakna harga 'hot dog' berkenaan turut melonjak.

Buat masa ini, W.A. Bean tidak menjangkakan sebarang perubahan harga terhadap red snapper dihasilkan syarikat berkenaan.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Ke kopitiam mesti pekena roti bakar, tapi ramai tak tahu beza kaya pandan dan coklat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Bukan mentah! Ini alasan kebanyakan nasi di Kelantan berderai, keras

Terhangat