info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ramai tak sedar daging jual di pasar raya kebanyakannya kerbau, bukan lembu

Lead Image

MUNGKIN masih ada yang belum tahu kebanyakan daging sejuk beku atau ‘frozen’ yang dijual di pasar raya sebenarnya ialah daging kerbau, bukannya daging lembu seperti yang disangka.

Perkara itu boleh dilihat sendiri pada label produk terutama daging import dari India yang jelas menggunakan perkataan 'buffalo' yang bermaksud kerbau.

Ada juga pengguna yang menyangka istilah 'buffalo' tersebut merujuk kepada lembu kerana perbezaan penggunaan bahasa di negara asal.

Menerusi hantaran yang dikongsikan seorang pengguna Threads, wanita itu mendakwa kebanyakan daging 'frozen' yang diimport dari India menggunakan perkataan 'buffalo' kerana mahu menjaga hati penganut agama lain di sana.

Selain murah, alasan mereka menggunakan daging kerbau adalah untuk menjaga hati agama lain di sana (India).

"Mungkin ada yang masih belum tahu, daging 'frozen' yang dibeli di pasar raya kebanyakannya daging kerbau.

"Lagi-lagi daging dari India yang terang-terangan tulis 'buffalo'. Aku tak percaya orang sana (India) panggil lembu tu 'buffalo'.

"Ada yang kata begitu sebab nak jaga hati agama lain di sana," dakwanya.

Justeru, wanita itu menyarankan orang ramai untuk memanfaatkan daging korban lembu yang diperoleh dengan sebaiknya dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. 

Selain dapat menikmati rasa daging segar, ibadah korban juga mengajar erti berkongsi dan menghargai rezeki bersama insan lain.

MENARIK DIBACA: Rangup, sedap lain macam! Terung 'salted egg' makan satu tak cukup, nak buat pun mudah

MENARIK DIBACA: Wanita kongsi pengalaman masak laksa Johor untuk Tunku Azizah, dapat ilmu berharga gara-gara kacang panjang

"Jadi sempena Aidiladha ini, manfaatkan daging lembu. Bersyukurlah dengan nikmat yang ada," tulisnya.

Perkongsian tersebut juga menarik perhatian pengguna lain termasuk mereka yang terlibat dalam industri daging sejuk beku yang bersetuju dengan perkara tersebut.

"Ya, sebagai peniaga bahan sejuk beku, tak dinafikan. Kalau pelanggan tanya pun kami akan cakap kerbau. Biar mereka menilai sendiri barang yang dia nak beli," kata seorang pengguna Threads.

Seorang pengguna Threads juga bersetuju bahawa daging import darI India yang dijual di pasar raya merupakan daging kerbau.

"Dari India semua daging kerbau tapi kalau dari Australia asli daging lembu," ujar seorang bekas pekerja di bahagian kontena.

Malah tidak kurang juga pengguna yang turut berkongsi perbandingan antara daging lembu dan juga daging kerbau.

"Apa yang membezakan daging lembu dengan daging kerbau ialah urat daging. Kalau kerbau urat kasar dan kalau lembu uratnya halus.

"Hakikatnya, daging kerbau dan daging lembu memang mempunyai rupa yang hampir sama terutama apabila sudah dipotong dan dibungkus. 

Perbezaan antara daging lembu dan kerbau.

"Namun dari segi tekstur dan rasa, kedua-duanya memiliki sedikit berbeza," kata seorang lagi netizen.

Daging kerbau juga biasanya lebih murah berbanding daging lembu tempatan, sebab itu ia banyak digunakan dalam produk sejuk beku dan dijual secara meluas di pasar raya. 

Walaupun begitu, ia tetap selamat dimakan dan menjadi sumber protein yang baik jika dimasak dengan betul.

Apa pun pilihan daging anda, paling penting ialah memastikan sumber makanan jelas, halal dan berkualiti untuk dinikmati bersama keluarga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Gerai jagung diserbu pelancong serata dunia gara-gara 'owner' kacak, jadi lokasi wajib kunjung di Turkiye

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pelanggan kecewa makan tomyam 'tak cukup sifat' - "Jangan order kalau tukang masak Indonesia"

Terhangat