info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

[V] Pemuda jual nasi lemak di Jerman, pelanggan wanita terpikat sampai nak pindah Malaysia

Lead Image

KEISTIMEWAAN makanan Malaysia sememangnya sukar ditandingi, ke mana sahaja dibawa pasti ada peminatnya.

Begitulah pengalaman dikongsi seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Raj apabila nasi lemak dan aiskrim Malaysia yang diusahakannya di Dortmund, Jerman mendapat sambutan hangat penduduk tempatan.

Lebih membanggakan, Raj mengakui tersentuh hati apabila seorang wanita dari Colombia meluahkan hasrat untuk berpindah ke Malaysia gara-gara begitu menggemari nasi lemak yang dijualnya.

Seorang wanita Colombia luah hasrat pindah ke Malaysia selepas menikmati nasi lemak.

"Tak pernah sangka saya akan dengar seorang rakyat Colombia cakap nak pindah Malaysia," tulisnya pada kapsyen video yang dimuat naik di TikTok pada Khamis lalu.

Menerusi video yang dikongsikan, gerainya dilihat tidak putus-putus diserbu pelanggan yang kebanyakannya dipercayai penduduk tempatan dan warga asing yang ingin mencuba makanan ikonik Malaysia.

Lebih menarik, Raj bukan sekadar berniaga, malah mengambil peluang memperkenalkan budaya Malaysia kepada pengunjung.

Dia tampil segak mengenakan baju Melayu sambil berinteraksi dan berkongsi pelbagai fakta menarik kepada pelanggan.

MENARIK DIBACA: Dari Kelantan ke London... Jual nasi kerabu di taman, pendapatan lelaki ini cecah RM2 juta setahun

MENARIK DIBACA: Food truck rakyat Malaysia kena serbu di NZ, nasi lemak bebas gluten kegemaran pelanggan

Menurut Raj, kesemua stok aiskrim Malaysia berjaya dijual habis, manakala lebih 100 bungkus nasi lemak turut laris.

Lelaki itu menganggap pengalaman tersebut sebagai langkah awal untuk terus mengembangkan makanan Malaysia di Jerman.

"Saya sangat bangga jadi rakyat Malaysia pertama yang buat jualan ini di Dortmund, Jerman.

"Semua aiskrim habis dan 100 bungkus nasi lemak terjual. Mungkin kurang daripada sasaran, tapi kami akan cuba baiki lagi pada jualan akan datang," katanya.

Rata-rata netizen luah rasa bangga akan usaha pemuda itu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga melihat usaha Raj memperkenalkan makanan, budaya dan identiti Malaysia kepada masyarakat luar.

"Respect! Tumpang bangga tengok awak perkenalkan negara kita melalui makanan, pakaian dan keramahan," tulis seorang pengguna.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan agar Raj menambah lebih banyak menu popular Malaysia pada masa akan datang.

"Burger Ramly pula lepas ni," cadang seorang lagi pengguna.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Ketahui sejarah, keistimewaan piza Neapolitan! Dulu makanan orang miskin, kini bertaraf dunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Selangor Fruit Valley tambah tarikan baharu termasuk kafe vanila, sasar lebih ramai pengunjung

Terhangat