Pelanggan puas hati, staf akhirnya akur buat snek 'sebiji' poster promosi - "Nak macam gambar iklan"
RAMAI pelanggan pasti berasa kecewa apabila makanan yang dibeli tidak sama seperti yang dipaparkan dalam iklan.
Seorang wanita mendakwa snek coklat 'choco stick' yang dibelinya di sebuah kedai pretzel tidak disaluti coklat sepenuhnya seperti mana dipaparkan dalam iklannya.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu berkata dia berkeras meminta staf menyediakan snek yang dibelinya itu sama seperti gambar promosi yang memaparkan salutan coklat penuh.
"Saya insist dekat 'cashier' tu nak 'sebiji' sama macam dalam gambar coklat. Mula-mula dia kata tak salut semua kemudian saya tanya ‘kenapa dalam gambar penuh coklat?’. Saya nak macam dalam gambar juga dan akhirnya dapat," tulisnya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang berpendapat pelanggan berhak mendapatkan produk menepati gambaran seperti yang diiklankan.

"Saya harap Malaysia implement the same law as Japan. Kat sana ada undang-undang yang mewajibkan makanan yang dihidangkan nampak sama macam dalam gambar atau ilustrasi. Baru kedai-kedai atau brand-brand ni buat betul sikit.
"Boleh saman je tu, semua saman eh sekarang ni. Harga dia advertise macam dalam gambar jadi kita mintalah macam dalam iklan. Kalau dia kata tu iklan lama, la pergilah tukar. Bukan salah pelanggan kalau minta macam dalam gambar.
MENARIK DIBACA: Kedai bukan stadium! Wanita pertikai restoran mamak dibolehkan jadi 'port' tonton bola sepak
MENARIK DIBACA: Kakak anggap adik tiada adab habiskan biskut viral tanpa izin - "Aku tak sempat sentuh langsung"
"Awak kita sebagai pelanggan memang boleh complain dan awak tak salah sebab request nak sebiji macam dalam gambar. Tapi awak kena faham kedai yang awak pergi ni ada SOP (standard operating procedure), kalau gerai-gerai dekat luar mungkin boleh nak 'sambal lebih, kuah lebih' sebabnya mereka tak ada SOP," antara pendapat warganet.
Sebahagian netizen turut meluahkan rasa kecewa terhadap perubahan produk berkenaan yang mana mereka mendakwa salutan coklat sebelum ini lebih banyak dengan harga lebih murah.

"Harga makin mahal lepas tu tak fully coated. Dulu harga murah tapi fully coated sampai melimpah kena tudung la, baju la.
"Thanks for the suggestion. I will do the same thing moving forward. Benda ni dah la favourite tapi bila dapat half je coated dia.
"Kalau dah buat SOP tak sepenuhnya salut tukar la gamba tu! Misleading dari gambar," antara komen netizen.
Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan pihak kedai dengan mengingatkan bahawa gambar promosi kebiasaannya hanyalah ilustrasi dan tertakluk kepada SOP.
"Dekat diperhatikan tempat you zoom (gambar menu) actually dah ada tulis 'images shown are for illustration purposes only'.
"Memang SOP dia macam tu kan? Dekat iklan pun tulis 'image for illustration purpose only'. Mana-mana gambar iklan pun tak sama dengan realiti sebenar, sama juga dnegan gambar profil takkan sama dengan jumpa depan-depan," komen warganet lagi.