info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kedai bukan stadium! Wanita pertikai restoran mamak dibolehkan jadi 'port' tonton bola sepak

Lead Image

RESTORAN, kafe, gerai atau kedai makan dibuka untuk tujuan sama iaitu bagi menawarkan pengalaman makan kepada pengunjungnya.

Sambil makan, ada pelanggan mengambil kesempatan untuk melepak, melakukan perbincangan atau mesyuarat kecil, mengulang kaji pelajaran dan menonton perlawanan bola sepak mengikut kesesuaian suasana premis.

Seorang wanita melontarkan pandangannya mengenai perkara ini di Threads dengan mempertikaikan kumpulan pelanggan di kafe dan restoran mamak.

"Kalau kafe tak boleh jadi tempat study, kedai mamak pun jangan jadikan stadium tengok bola. Fair kan, betul tak?" tulisnya.

Hantarannya itu menerima pelbagai komen dan kritikan netizen yang kurang bersetuju apabila kedua-dua premis itu dibuat perbandingan.

Pandangan itu menerima pelbagai komen dan kritikan daripada netizen yang mempunyai pendapat berbeza mengenai kedua-dua perbandingan tersebut.

"Kafe tak jadi tempat study fasal tauke dia tak jadikan begitu. Restoran mamak jadi 'stadium' tengok bola sebab tauke dia yang jadikan tempat tu begitu. Kita tak sama.

"Kenapa tak study kat perpustakaan je, senyap banyak sumber boleh dapat kat situ.

MENARIK DIBACA:  Ini tip, bahan rahsia masak kuetiau goreng padu macam makan di kedai

MENARIK DIBACA: Pelanggan disaran elak beli minuman guna ais hancur, demonstrasi buktikan kebenaran

"Habis tu kedai mamak letak televisyen besar-besar tu buat apa? Untuk study group kot," antara komen netizen.

Ada juga warganet yang tidak bermasalah jika ada pelanggan mahu menjadikan kafe sebagai tempat belajar tetapi perlu bersedia dengan segala macam kemungkinan.

"Boleh je belajar kat kafe. Tapi kena hadap la bunyi bising sebab kat sana orang tak dilarang untuk bising. Yang teruknya tu bila kau suruh orang diam.

"Boleh je nak belajar dekat kafe. Tapi kalau suruh orang dekat kafe tu diam sebab awak nak belajar itu yang salah," komen netizen lagi.

Antara komen di Threads.

Sebahagian lagi warganet menyifatkan perbandingan antara kafe dan kedai mamak sebagai wajar kerana kedua-duanya mempunyai konsep perniagaan berbeza.

"Hello girl jadi bijak sikit. Kafe tu berniaga, dia perlukan ruang untuk pelanggan duduk dan makan. Awak nak belajar kat situ buat apa, pergi library sana. Kedai mamak tarikannya bola sebab orang lelaki yang datang tu order makan minum bila habis game balik.

"Saya bukan peminat bola tapi bila awak samakan level kafe dengan mamak rasa kelakar sebab owner mamak sendiri yang attract the customer dengan pasang white screen untuk tonton bola. Kafe tak ada pula sediakan all the laptops or books.

"Tak sama dan tak valid. Kafe sememangnya tak dijadikan tempat belajar. Untuk orang relaks hirup kopi dan bersembang. Mamak pula memmang owner dia set up jadikan tempat tengok bola, faham ke tak?" antara pandangan warganet.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

'Shopping' snek di Pasar Filiina, terkejut harga RM500 - "Tak sangka kena scam di Malaysia"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kakak anggap adik tiada adab habiskan biskut viral tanpa izin - "Aku tak sempat sentuh langsung"

Terhangat