info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Jumpa bulu dalam gulai, pelanggan serik makan nasi padang... Bumbu Babah beri penjelasan

Lead Image

SEORANG pelanggan meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa menemui bulu di dalam hidangan gulai urat yang dibelinya dari sebuah premis nasi padang popular.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan berkata dia serik untuk menikmati hidangan di kedai tersebut selepas insiden berkenaan.

"Sumpah lepas ni tak makan dah nasi padang kedai ni, ada bulu lagi ya," tulisnya.

Dalam masa sama, pelanggan tersebut memaklumkan pihak premis telah memulangkan semula wang yang dibayarnya.

"Terima kasih pihak kedai sebab dah refund semula duit saya. Harap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

"Mohon pihak tuan/puan mengambil tindakan yang sewajarnya agar kejadian yang sama tidak berlaku kepada pelanggan lain pada masa akan datang," katanya.

Netizen mendakwa bahawa kebanyakan kedai nasi padang menyajikan urat keting yang masih mengandungi bulu-bulu halus.

Susulan perkongsian itu, pihak premis iaitu Bumbu Babah tampil memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Bumbu Babah menerusi jawapan balas di Threads berkata, benda asing yang ditemui itu dipercayai merupakan bulu semula jadi pada urat lembu, bukannya rambut manusia.

"Itu sebenarnya bulu semula jadi pada urat lembu, bukan rambut manusia. Kebanyakan bulu pada urat berwarna cerah dan tidak begitu kelihatan, tetapi ada juga yang berwarna gelap seperti dalam gambar.

"Walaupun urat telah dibersihkan berkali-kali sebelum dimasak, kadang-kadang masih ada yang terlepas pandang," jelas pihak kedai.

Selain itu, Bumbu Babah juga mengakui pihak restoran juga maklum tentang kemungkinan berlakunya situasi seperti ini serta langkah penyelesaiannya.

"Sebenarnya, kami juga ada meletakkan notis di outlet memaklumkan bahawa perkara ini boleh berlaku. Jika pelanggan memaklumkan kepada kakitangan outlet, kami akan terus menggantikannya dengan hidangan yang baharu.

"Bagaimanapun, kami akan DM anda untuk menyelesaikan perkara ini ya," demikian jawapan diberikan.

MENARIK DIBACA: Wanita kurang selesa lihat bayi diberi kurma bekas mulut pentahnik... Tak tolak sunah, cuma fikir kebersihan

MENARIK DIBACA: Gulai ikan Kedah dipuji sedap, tak sama negeri lain... Orang utara dedah rempah rahsia, cara masak

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman serta pandangan mereka mengenai isu tersebut.

"Bulu ni rasanya memang semula jadi ada pada urat tu cuma tak dibersihkan dengan elok. Saya pernah terkena dengan kedai nasi padang yang terkenal di Gombak. Dah la mahal sekali banyak pula bulunya. Meremang tengkuk tengok, sampai hari ini masih teringat.

"Menu gulai urat tunjang memang jadi menu tahunan masa raya. Azab masa nak bersihkan bulu-bulu ni. Halus dan susah nak tanggal

"Bulu keting memang halus sangat. Makanlah nasi padang dekat mana pun, memang kadang-kadang ada juga yang tertinggal," antara komen netizen.

Nasi padang sememangnya merupakan salah satu hidangan yang terkenal dengan kepelbagaian lauk-pauk.

Malah, ada juga yang mengakui masih menemui bulu halus pada urat walaupun dimasak sendiri.

"Kalau urat keting ni memang biasa ada bulu yang tertinggal macam ni. Kadang-kadang saya masak sendiri pun jenuh nak bersihkan, apatah lagi kalau masak dalam kuantiti yang banyak," kongsi salah seorang netizen.

Dalam pada itu, seorang warganet mendakwa premis berkenaan ada memaklumkan lebih awal mengenai perkara tersebut.

"Dekat kaunter kedai berkenaan saya pergi hari tu memang ada tulis, kalau order gulai urat dan jumpa bulu macam ni memang normal tapi boleh request tukar," katanya.

Info tambahan

Urat keting/tunjang bukan hanya terdiri daripada urat (tendon), tetapi juga mengandungi kulit, tisu penghubung, kolagen, ligamen dan tendon.

Folikel rambut ialah struktur anatomi yang tertanam di dalam kulit lembu. 

Jadi apabila kulit diproses, batang bulu biasanya dibuang tetapi folikel atau sisa bulu halus boleh masih kelihatan atau terasa.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Peniaga biasanya tak basuh dulu, ramai keliru kuetiau perlu cuci atau tak sebelum dimasak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

Terhangat