info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Mengamuk lihat cara baharu nasi ambeng disajikan - "Pandai-pandai letak sambal belacan"

Lead Image

NASI ambeng, hidangan yang terkenal dengan gabungan nasi bersama pelbagai lauk-pauk dan mi goreng mempunyai nilai tradisi cukup tinggi.

Bagaimanapun kini semakin banyak variasi nasi ambeng dijual sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan pencinta makanan tradisional berhubung cara sajian itu dihidangkan.

Seorang lelaki menerusi Threads meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendapati ada peniaga menghidangkan nasi ambeng bersama sambal belacan serta menawarkan pilihan lauk seperti rendang daging.

"Melayu mana ni buat nasi ambeng ada sambal belacan? Nasi ambeng tak perlu letak sambal belacan!

Nasi ambeng, menu warisan masyarakat Jawa mempunyai lauk tersendiri.

"Sejak bila boleh buat pilihan lauk macam rendang daging?

"Kalau dah letak sambal belacan dan rendang daging, tolong jangan panggil nasi ambeng! Saya marah ni," tulisnya di Threads.

Luahan tersebut mendapat perhatian warga maya dengan ramai yang berkongsi pandangan mengenai hidangan tradisi itu.

MENARIK DIBACA: Sedap tak semestinya selamat, tauge boleh jadi punca jangkitan dan keguguran

MENARIK DIBACA: Ini tip, bahan rahsia masak kuetiau goreng padu macam makan di kedai

Menurut seorang pengguna, nasi ambeng asli masyarakat Jawa mempunyai gabungan lauk tersendiri dan tidak sepatutnya diubah sesuka hati.

"Kalau Jawa betul, ambengan tu ada sambal Jawa; serunding kelapa; ayam kicap atau ayam ungkep; mi goreng bodo dan ikan kering serta nasi.

"Saya nak salam abang. Awak sebut nasi ambeng, bukan nasi 'ambang'. Rasa nak sepak siapa yang sebut nasi 'ambang'.

"Betulkan kalau saya silap. Setahu saya mi goreng dibuat gaya 'bodo', bukan macam mi goreng sarapan ada kek ikan, tauge dan kucai.

Perkongsian warganet.

"Pandai-pandai letak sambal belacan. Kalau nak makan sambal belacan, masak nasi campur.

"Kalau nasi ambeng yang mama saya buat versi Jawa, semuanya berasaskan kicap. Ada sambal goreng, ayam masak kicap dan mi pun perlu ada kicap.

"Lauk pula memang dipadankan dengan ayam ungkep atau ayam kicap," komen netizen lagi.

Perdebatan itu memperlihatkan semangat masyarakat yang masih menghargai keaslian makanan warisan biarpun pelbagai inovasi terus diperkenalkan. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pesakit cerita rawat jangkitan hidung guna ayam gepuk, doktor tercengang!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Ahli arkeologi jumpa cengkih tertua di dunia, dibawa tempuh perjalanan 7,000km dari Indonesia

Terhangat