info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Muka bulat bertukar 'petak'! Lelaki turun berat badan lepas amal makan buah naga setiap hari

BUAH naga sememangnya terkenal dengan kandungan vitamin, antioksidan dan serat yang baik untuk kesihatan kulit serta sistem penghadaman.

Jika diamalkan secara konsisten bersama pemakanan yang seimbang, buah itu juga boleh membantu proses penurunan berat badan.

Jika biasanya anda membuka selera dengan makanan bergoreng atau berlemak, apa kata jadikan buah naga sebagai alternatif yang lebih sihat sebelum menikmati hidangan utama.

Perkongsian lelaki itu mencuri perhatian netizen.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai @mnaimrazak berkongsi kisah dirinya yang menjadikan buah naga sebagai makanan wajib sebelum menikmati hidangan utama.

Menurutnya, tabiat itu bermula secara tidak sengaja selepas membeli buah tersebut ketika berkunjung ke Bagan Lalang, Selangor.

"Bila bawa balik, aku cuba berbuka dengan buah naga dulu. Dah cuba, pergh! Sedap gila.

MENARIK DIBACA: [V] Dodol moden Upin Ipin raih perhatian, manisan unik 'pink' buah naga

MENARIK DIBACA: Rasanya mungkin hambar... Buah naga pilihan terbaik buat pesakit diabetes, turun risiko penyakit kronik

"Esoknya buat IF badan jadi cergas je. Terus aku sambung jadikan buah naga ni menu wajib pembuka selera aku," katanya.

Bagaimanapun, dia tidak bergantung sepenuhnya kepada buah naga untuk menurunkan berat badan, sebaliknya menggabungkan pengambilannya dengan diet seimbang.

Hasilnya, dia menyedari berat badan semakin berkurang selain perubahan pada wajah yang disifatkan lebih menonjol bentuknya.

Kandungan serat dan air yang tinggi dalam buah naga membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.

"Hampir setiap hari aku makan buah naga, muka bulat sampai jadi petak. Jangan jadikan diet kita makan buah naga je. 

"Badan kita perlukan nutrien yang lain juga. Protein, fat, iron dan sebagainya. Buah naga ni aku jadikan pembuka selera aku sebelum aku 'bantai' makan protein," ujarnya.

Untuk info, kandungan serat dan air yang tinggi membantu memberikan rasa kenyang lebih lama mengurangkan kecenderungan untuk makan secara berlebihan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pertama kali masak cendawan jeli hitam, wanita kagum sebab rangup! 'Rupa' pelik, rasa tak 'kuat' seperti disangka

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Konvensyen anime kecoh, ramai sanggup beratur untuk minum air 'teh lemon rendaman kaki'

Terhangat