info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ada beza antara laksa Penang, Kedah dan Perlis walau sama-sama asal dari utara

Lead Image

SEBUT sahaja laksa, ramai membayangkan semangkuk sajian mi dengan kuah diperbuat daripada ikan, kombinasi rasa masam, pedas dan masin yang cukup menyelerakan. 

Bagi masyarakat di utara semenanjung, setiap negeri mempunyai laksa dengan identiti tersendiri yang boleh dibezakan melalui tekstur dan rasa kuah, jenis ulam-ulaman dan cara penyajiannya.

Seorang pengguna Threads mencuri perhatian apabila mengajukan soalan perbezaan antara laksa Penang (Pulau Pinang), Kedah dan Perlis

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen, terutama penggemar laksa apabila masing-masing berkongsi perbezaan laksa utara dari segi rasa kuah dan cara hidangan berdasarkan pengetahuan masing-masing.

Laksa Penang terutama di bahagian pulau dimakan bersama potongan nanas dan otak udang.

1. Laksa Penang

Rata-rata netizen bersetuju apabila laksa Penang atau lebih dikenali sebagai asam laksa mempunyai rasa yang lebih masam berbanding laksa utara lain.

Lazimnya laksa Penang dihiasi dengan hirisan daun salad, daun pudina, cili merah, bawang, timun dan bunga kantan yang memberikan aroma harum.

Selain itu, laksa Penang terutamanya di bahagian pulau sering dihidangkan bersama hirisan nanas yang menambah rasa manis dan masam, malah ada juga yang meletakkan otak udang atau petis sebagai pelengkap.

Menurut netizen, Laksa Penang di kawasan Seberang Perai kebiasaannya tidak menggunakan nanas seperti yang sering ditemui di bahagian pulau.

Kuah laksa Kedah dikatakan lebih 'ringan' dan dimakan bersama beberapa jenis ulam-ulaman.

2. Laksa Kedah

Laksa Kedah berbeza dengan laksa Penang yang menggunakan mi laksa beras dan kuahnya pula tidak terlalu masam.

Keistimewaan laksa Kedah terletak pada penggunaan pelbagai ulam kampung seperti daun selom, daun putat dan pucuk mengkudu untuk memberikan rasa lebih segar.

Selain itu, hidangan ini turut disajikan bersama cili padi sebagai penambah rasa dan terdapat juga kedai yang manyajikan sajian ini bersama sambal nyiur (kelapa).

Keunikan laksa Perlis apabila hidangan itu dimakan bersama pulut udang.

3. Laksa Perlis

Bagi laksa Perlis pula, ramai berpendapat ia hampir menyerupai laksa Kedah kerana sama-sama menggunakan laksa beras.

Bagaimanapun kuahnya dikatakan lebih pekat dan sedikit lebih masam dan berwarna cerah selain dihidangkan bersama hirisan bawang merah, cili padi dan daun selom.

Bagi yang ingin menikmatinya, anda disarankan berkunjung ke Kuala Perlis kerana di sana terdapat banyak gerai laksa dan aneka sajian lain.

Apa yang paling mencuri perhatian ialah cara menikmatinya apabila dimakan bersama pulut udang, iaitu pulut berintikan sambal udang yang dibungkus dengan daun pisang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Cuaca panas melampau, Korea Utara saran rakyat makan sup daging anjing

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Program JPDE berjaya tingkatkan 70 peratus hasil tuaian padi di Selangor

Terhangat