info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Suami rekod isteri masak atau tidak setiap hari, rupanya ada ‘misi’

Lead Image

SETIAP individu mempunyai cara berbeza untuk menunjukkan penghargaan kepada pasangan masing-masing.

Ada yang suka memberi hadiah, ada yang gemar belanja makan dan tidak kurang juga memilih cara unik yang jarang dilakukan orang lain.

Begitulah kisah seorang wanita yang terkejut apabila mengetahui suaminya membuat catatan sama ada dia memasak atau tidak setiap hari.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya berasa pelik dengan tindakan suami yang sanggup merekod tugas memasaknya selepas enam tahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Saya tak jangka suami akan rekod saya masak atau tidak setiap hari. Kadang pelik dengan suami sendiri.

Wanita ini berkongsi tentang tindakan suaminya membuat rekod khas setiap kali memasak.

“Sebab bagi saya masak ke tak, sampai kena rekod ni betul luar kotak.

“Alasan suami nak bagi ‘duit belanja’ lebih. Tapi kenapa kena rekod. Saya masih tak boleh fikir. Suami yang lain macam ni tak?” kongsinya menerusi satu hantaran di Threads.

Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa suaminya baru sahaja memulakan jadual rekod tersebut sekitar Ogos lalu.

Katanya, tindakan itu dilakukan selepas enam tahun mereka berkahwin dan bukan bertujuan untuk memaksa atau mengira berapa kali dia perlu memasak dalam sebulan.

MENARIK DIBACA: Wanita ditegur sebab masak nasi, telur serentak - "Mak aku meninggal sebab salmonella"

MENARIK DIBACA: Kerap minum kopi berisiko lemahkan tulang, wanita berusia perlu waspada - Kajian

“Jangan salah faham. Suami saya baru mula buat jadual rekod sekitar Ogos lalu selepas enam tahun perkahwinan.

“Saya tahu suami buat ni sebagai cara menghargai saya sebab jarang masak.

“So sekali saya masak memang dia hargai sangat,” jelasnya.

Lebih menarik, wanita itu memberitahu suaminya tidak pernah memarahinya sekiranya dia tidak memasak.

Malah, pasangan tersebut akan memilih untuk makan di luar sekiranya tiada hidangan yang dimasak di rumah.

“Suami saya pun tak pernah marah masak ke tak. Tak masak memang kami makan luar.

“Dia pun faham saya balik kerja penat,” katanya.

Perkongsian wanita itu menarik perhatian ramai apabila ramai yang ingin mengetahui bagaimana pasangan tersebut menguruskan kerja rumah dan perbelanjaan selepas berkahwin.

Wanita berkenaan mengakui dia langsung tidak menyangka hantaran yang dibuat secara santai itu akhirnya mencuri perhatian ramai.

Suami kepada wanita ini memberikan hadiah kepada isterinya setiap kali memasak.

Dia turut memaklumkan tidak sempat membalas semua komen yang diterima selepas perkongsian tersebut menjadi perhatian.

“Banyak komen diterima tapi saya tak sempat nak balas semuanya. Terima kasih doa baik-baik untuk kami.

“Buat komen negatif saya doa terbaik juga buat kamu semua,” tulisnya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Pengotor! Staf restoran makanan segera didakwa kentut atas ayam sebelum dimasak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Dimasak guna teknik 'nyemek', asal usul mie Bangladesh di Medan cukup menarik!

Terhangat