info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Lelaki rimas didatangi peniaga di kedai makan, musykil mengaku pelajar IPT buat 'assignment'!

Lead Image

KITA sering didatangi individu yang berjalan dari meja ke meja restoran sambil menjual pelbagai makanan.

Melihat usaha peniaga tersebut, ramai yang bersimpati lalu membeli produk dijual dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu bisnes kecil yang dijalankan.

Seorang lelaki meluahkan rasa kurang senang kerana sudah bertahun-tahun melihat situasi ini, terutama apabila penjual mendakwa apa yang dilakukan adalah sebahagian daripada tugasan kuliah.

Menerusi perkongsian di media sosial, lelaki berkenaan berkata dia sudah hampir lapan tahun bertemu individu yang menggunakan alasan tersebut.

Ada komen mempersoalkan kewajaran pelajar untuk menjual sehingga ke luar kawasan kampus.

“Serabutnya yang datang meja ke meja jual 'chocolate moist', katanya 'assignment' universiti. Dah lapan tahun berjumpa orang macam ni. Masalahnya betul ke 'assignment'?” tulisnya di Threads.

Apa yang lebih membuatkan lelaki itu tertanya-tanya ialah harga jualan produk tersebut yang didakwa jauh lebih tinggi berbanding harga biasa.

“Kalau betul 'assignment', bukan tak nak 'support', tapi harga RM5 kau jual RM15,” luahnya kesal.

Persoalan tersebut kemudian mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang mendakwa pengalaman mereka ketika di universiti agak berbeza kerana tugasan keusahawanan biasanya dilakukan dalam kawasan kampus.

MENARIK DIBACA: Perhatian untuk lelaki! 8 makanan ini bantu tingkatkan kualiti, kesihatan sperma

MENARIK DIBACA: Wanita dakwa pekerja spa guna penyagat keju kikis kulit mati, tumit luka lepas buat rawatan kuku

“Tak tahu kenapa ada yang sampai kena berniaga luar.

“Tempat aku subjek 'entrepreneur' relaks je niaga air kotak je bawah blok. 'Group' lain pun menjual dalam kawasan kampus je.

“Member aku yang 'study' di universiti lain pun diaorang berniaga dalam kampus je," komen seorang netizen.

Dalam pada itu, seorang lagi individu mendakwa pernah membeli produk daripada seseorang yang mengaku sebagai pelajar sedang menjalankan tugasan, sebelum menyedari terdapat perkara mencurigakan.

Seorang netizen berkongsi pengalaman ketika bertemu dengan penjual yang mendakwa dirinya sebagai pelajar universiti.

Menurutnya, individu tersebut datang menjual minyak wangi kereta ketika dia sedang minum di sebuah kedai.

“Aku beli walaupun tahu itu 'perfume bodoh', seminggu dah hilang bau. Tiba-tiba esoknya dia datang lagi kat aku, jual benda lain pula.

“Memang sedaplah aku 'sound' terus. Semalam kata 'assignment' jual 'perfume'. Hari ni kau jual benda lain pula. Berapa banyak 'assignment' kau? Berubah muka budak tu, terus dia keluar dari kedai,” katanya.

Seorang lagi netizen pula berkongsi pengalaman membeli biskut dengan harga RM20 sebekas kerana menyangka ia dijual oleh seorang pelajar untuk tujuan tugasan.

Terdapat dakwaan mengatakan penjual produk tersebut datang ke lokasi menggunakan kenderaan mewah dan dipercayai dihantar oleh seseorang.

“Betul weh. Aku hari tu dia jual biskut satu RM20. Aku dengan member pun baiklah hati sebab fikir 'student', anggaplah sedekah, jadi beli lima (RM100).

“Sekali lusa tu pergi Eco, nah ada jual RM2 je,” katanya.

Tidak terhenti di situ, terdapat juga netizen yang mendakwa pernah melihat 'peniaga' datang ke lokasi menggunakan kenderaan mewah dan dipercayai dihantar oleh seseorang.

“Diaorang datang dengan Vellfire, ada orang hantar ke lokasi. Pernah nampak kat Taman Tun. Since then tak beli dah,” dakwa seorang netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Minyak paket bersubsidi dijual di Thailand cetus persoalan - "Nak beli di Malaysia punyalah susah"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Restoran buat silap pada menu, pelanggan terkejut disuruh bayar untuk 2 mangkuk mi

Terhangat