info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Minyak paket bersubsidi dijual di Thailand cetus persoalan - "Nak beli di Malaysia punyalah susah"

Lead Image

PENEMUAN minyak masak paket bersubsidi dari Malaysia di sebuah pasar di Narathiwat, Thailand mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen mengenai bagaimana barangan tersebut boleh berada di negara jiran.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna yang juga merupakan rakyat Malaysia memuat naik video ketika berjalan di sekitar Pasar Narathiwat sebelum terlihat minyak masak paket bersubsidi dijual di beberapa premis di kawasan berkenaan.

Perkara itu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada minyak tersebut dieksport secara rasmi atau diperoleh melalui saluran yang tidak sah.

Seorang pengguna lain turut berkongsi minyak paket bersubsidi ditemui dijual di Betong, Thailand.

“Ni (minyak) memang kita eksport secara rasmi atau hasil penyeludupan?” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Lebih menarik perhatian, bukan sahaja minyak masak paket, malah gula pasir tempatan turut didakwa ditemui di beberapa lokasi di Thailand.

“Gula pun ada. Ada orang 'mention' baru saya ingat saya ada ambil video,” katanya.

MENARIK DIBACA: Staf pasar raya kongsi tip beli barang dapur... Tahu waktu tepat, dapat produk segar separuh harga

MENARIK DIBACA: Malas fikir, rela makan menu sama tiap hari... Apa berlaku pada tubuh manusia?

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai apabila beberapa netizen turut mendakwa pernah menemui minyak paket Malaysia di kawasan lain di Thailand.

“Ini yang saya jumpa di salah sebuah kedai di Betong, Thailand. Kita dekat Malaysia, bukan main susah nak beli.

“Bang, nak beli kat Malaysia pun pakai eCOSS, 'snap' QR, punyalah susah," komen pengguna Threads.

Seorang pengguna meluahkan rasa kesal apabila minyak masak paket bersubsidi yang sukar diperoleh di Malaysia ditemui dijual di negara jiran.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi dikemukakan mengenai sama ada minyak paket dan gula yang ditemui itu merupakan barangan yang dieksport secara sah atau diseludup keluar dari Malaysia.

Apa yang pasti, penemuan tersebut mencetuskan perbincangan terutama mengenai kawalan terhadap barangan bersubsidi serta bagaimana produk yang sukar diperoleh oleh sesetengah pengguna di Malaysia boleh berada di pasaran negara jiran.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Tony Fernandes kritik makanan, tapi puji servis Singapore Airlines - “Santan jauh lebih baik”

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Lelaki rimas didatangi peniaga di kedai makan, musykil mengaku pelajar IPT buat 'assignment'!

Terhangat