Perut makin kempis, tumit tak sakit lepas amal minuman lemon dan garam celtic setiap pagi
MASALAH perut buncit sering merisaukan ramai wanita, lebih-lebih lagi jika ia sampai ke tahap menjejaskan keyakinan diri dan keselesaan ketika menjalani aktiviti harian.
Seorang wanita dikenali sebagai Suraya menarik perhatian warga maya apabila berkongsi rutin minum air lemon dan garam celtic yang diamalkannya setiap pagi selepas sarapan.
Menurutnya, dia mula mengamalkan minuman tersebut beberapa minggu lalu dan mendakwa mengalami beberapa perubahan positif pada tubuhnya.
“Girls with perut buncit, let me spill this for you. Setiap pagi lepas sarapan, minum lemon campur garam celtic.
“I dah amalkan for 3 weeks, memang perut dah kurang buncit, tumit tak sakit dan nak membuang pun senang,” tulisnya di Threads.
Bagi menyediakan minuman tersebut hanya beberapa bahan mudah diperlukan, justeru jangan berlengah dan cuba sekarang.

Bahan-bahan
- Satu cubit garam celtic
- 2 hirisan lemon
- Daun pudina (ikut cita rasa)
- Sedikti air suam
- Air sejuk
- Ais
MENARIK DIBACA: Selepas sate Kajang dan nasi ambeng, 6 lagi menu bakal diwarta Makanan Warisan Selangor
MENARIK DIBACA: Guru dipuji kreatif, gigih hasilkan 'daging' untuk simulasi korban - "Dah macam wagyu ni"
Langkah penyediaan
- Ambil secubit garam celtic dan tambah sedikit air suam untuk melarutkannya.
- Masukkan hirisan lemon.
- Tambah daun pudina ikut kesukaan masing-masing.
- Masukkan air sejuk dan tambah ais. Siap!