'Real food' dan 'clean food' tak sama! Individu sedang diet, kaum ibu perlu tahu bezanya
ISTILAH real food dan clean food mungkin dianggap sama maksud oleh kebanyakan individu, yang mana kedua-duanya sering dikaitkan dengan pemakanan sihat.
Di Threads, seorang individu tampil menjelaskan bahawa kedua-dua istilah berkenaan sebenarnya mempunyai maksud berbeza.
Menerusi perkongsiannya, dia berkata real food lebih merujuk kepada makanan semula jadi atau yang melalui pemprosesan sangat minimum.
"Tolong ya, bezakan antara real food dengan clean food. Kedua-dua istilah ini adalah berbeza tetapi sering dianggap sama.

"Pengambilan real food adalah makanan semula jadi atau minimum proses. Contoh seperti nasi, telur; ayam; ikan; buah; sayur; kentang; tauhu dan tempe.
"Makanan seperti ini biasanya ditemui di kedai nasi padang," kongsi individu ini di Threads.
MENARIK DIBACA:Hampir 19 juta biji telur diarah ditarik balik, disyaki tercemar salmonella
MENARIK DIBACA:Pengkritik makanan kongsi 6 ciri restoran dianggap 'red flag', tak minat nak masuk
Individu itu turut memberitahu, istilah clean food pula lebih kepada cara makanan itu disediakan.
Kongsinya, istilah itu mengambil kira kaedah lebih sihat seperti mengurangkan gula tambahan, makanan ultra proses (UPF) dan gorengan.
"Teknik pemakanan ini biasanya kurang penggunaan gula tambahan. Kandungan makanan UPF, gorengan dan memilih gaya penyediaan makanan seperti merebus, kukus atau panggang.
"Jadi, semua 'clean food' umumnya berasal dari real food. Tapi tak semua real food automatik termasuk dalam kumpulan clean food.

"Contoh mudah, telur rebus adalah real food dan juga clean food. Tapi, kalau digoreng berlebihan, bukan clean food lagi," katanya.
Selain itu, dia turut berkongsi tentang menu lain yang menjadi kegemaran ramai seperti rendang yang dikategorikan sebagai real food, tapi belum tentu menjadi clean food kerana penggunaan santan dan minyak mungkin banyak.
"Paling penting bukan soal mengejar label real atau clean tetapi pola pemakanan seimbang, sesuai keperluan kalori dan cukup protein," kongsinya.
Dalam soal pengambilan diet sihat, corak pemakanan secara keseluruhan dan cara ia disediakan penting untuk diberikan perhatian agar badan menerima gizi seimbang.