info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Ibu hamil makan anggur hitam bantu cegah jaundis bayi, ini fakta anda perlu tahu

Lead Image

SEMASA hamil, pelbagai petua diamalkan untuk membantu ibu menjaga kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

Antaranya termasuklah amalan makan anggur hitam yang dipercayai boleh mengurangkan risiko bayi mengalami jaundis selepas dilahirkan.

Perkongsian seorang jurusolek pengantin mengenai petua tersebut menarik perhatian ramai apabila dia mencadangkan wanita hamil mengambil anggur hitam sebagai snek bermula usia kandungan tiga bulan sehingga hampir bersalin.

Menurutnya, amalan ini membantu mengurangkan risiko bayi mengalami jaundis tanpa mengira kumpulan darah ibu.

Anggur hitam membekalkan nutrien dan antioksidan baik untuk ibu hamil.

"Wanita sedang hamil, amalkan makan buah anggur hitam untuk bantu kurangkan risiko anak jaundis. Tak kisah kategori darah ibu dari kumpulan O, AB, A, B," kongsinya di Threads. 

Dia turut berkongsi satu lagi petua penjagaan kulit ketika hamil iaitu menyapu minyak zaitun atau minyak lain pada bahagian perut selepas mandi bagi membantu mengelakkan kesan regangan.

Bagaimanapun, dia mengingatkan supaya pengambilan anggur dilakukan secara sederhana khususnya bagi ibu mengalami kencing manis ketika hamil (GDM) kerana buah tetap mengandungi gula semula jadi.

MENARIK DIBACA: Che Nom ajar cara mudah masak siakap stim, siap ada tip bagi isi ikan lembut

MENARIK DIBACA: Pelanggan tak puas hati harga sajian ikan patin kukus lebih RM900, ini fakta anda perlu tahu

Dalam perkongsian sama, dia juga mengakui bahawa anggur bukanlah pencegah utama jaundis bayi.

Perkongsian tip berkenaan turut mendapat perhatian netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika hamil.

Jaundis atau bayi kuning merupakan keadaan biasa berlaku selepas kelahiran.

Ada yang mendakwa mereka turut mengamalkan pengambilan anggur hitam ketika mengandung dan bayi tidak mengalami jaundis teruk selepas dilahirkan.

Jaundis bayi baru lahir berlaku apabila terdapat lebihan bilirubin dalam darah dan keadaan ini sangat biasa berlaku dalam kalangan bayi.

Risiko serta tahap jaundis pula dipengaruhi pelbagai faktor dan bukan semata-mata disebabkan pemakanan ibu ketika hamil. 

TRIVIA: 

Anggur hitam kaya dengan: 

*Antioksidan 

*Vitamin C

*Vitamin K

*Kalium

*Serat

*Air

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Malas fikir, rela makan menu sama tiap hari... Apa berlaku pada tubuh manusia?

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Minum kopi berkafein atau tak, kedua-duanya beri kesan pada otak - Kajian

Terhangat