Tip dan cara sediakan tepung bancuhan 'waffle' rangup di luar, lembut di dalam
BILA makan 'waffle' memang boleh potong 'mood' kalau teksturnya lembik dan tak rangup.
Lagi-lagi stres kalau baru beberapa minit keluar dari 'waffle maker', tekstur yang sepatutnya garing tiba-tiba jadi liat.
Jika selalu berdepan masalah 'waffle' cepat lembik, mungkin ada beberapa langkah yang anda terlepas pandang ketika menyediakan bancuhan dan proses memasaknya.
Menerusi perkongsian seorang pengguna, antara kunci penting adalah memastikan 'waffle maker' cukup panas sebelum bancuhan dituang.

Berikut tip dan trik buat waffle rangup:
Bahan-bahan
- 3 cawan + 1 sudu besar tepung gandum
- 2 1/2 cawan air suam + 5 ketul ais kiub
- 2 biji telur
- 2 sudu besar susu tepung
- 1 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu besar baking powder
- 1/2 sudu besar soda bikarbonat
- 1 1/2 sudu makan 'creamy vanilla flavour'
- 1 sudu makan 'waffle' emulco
MENARIK DIBACA: Rahsia waffle rangup di luar gebu di dalam tanpa bahan penaik
MENARIK DIBACA: Waffle berbentuk kasut Crocs jadi kegilaan di China, sudah mula masuk Malaysia
Cara penyediaan
- Panaskan 'waffle maker' terlebih dahulu pada suhu 220°C selama empat minit.
- Keluarkan bancuhan 'waffle' yang telah disimpan di dalam peti sejuk.
- Godek atau kacau semula bancuhan supaya semua bahan sebati sebelum dimasak.
- Selepas 'waffle maker' selesai dipanaskan, tuang bancuhan ke atas 'waffle pan' dan ratakan supaya memenuhi keseluruhan permukaan.
- Tunggu sehingga muncul gelembung-gelembung kecil pada permukaan bancuhan sebelum menutup 'waffle maker'.
- Kekalkan suhu seperti ketika proses 'pre-heat' tadi dan tetapkan 'timer' selama empat minit.
- Selepas 'timer' berbunyi, terbalikkan 'waffle', kemudian tutup semula 'waffle maker'.
- Biarkan selama kira-kira 30 saat sebelum waffle diangkat keluar.
- Akhir sekali, kipas 'waffle' sebaik sahaja dikeluarkan supaya wap panas tidak terperangkap dan menyebabkan 'waffle' cepat lembik.