Tip pilih jambu batu! Jangan sampai terbeli jenis kelat, keras dan kering
BAGI penggemar jambu batu, pasti anda pernah berdepan situasi buah ini rasa kelat, keras dan kurang berair.
Sebenarnya, ada ciri boleh diperhatikan ketika memilih jambu batu supaya buah yang dibawa pulang rangup isinya, berjus dan mempunyai rasa manis semula jadi.
Seorang individu dikenali sebagai Afiqah Raie berkongsi petua mudah memilih jambu batu berkualiti.

Kongsinya, warna kulit jambu batu boleh menjadi salah satu petunjuk untuk mendapatkan buah yang lebih rangup dan sedap.
“Tip pilih jambu batu. Kulit luar pilih hijau muda. Kalau hijau tua tu biasanya kelat, tak berair lepas tu keras.
MENARIK DIBACA: Ambil cuka epal sebelum makan bantu kawal gula, ini cara disarankan
MENARIK DIBACA: Jangan potong epal, gigit sebiji terus! Ini sebabnya
“Pilih jambu isi padat, biji sikit, rangup pula. Manis semula jadi, tak perlu asam pun dah sedap.
“Jenis ni jambu batu lohan dari Sekinchan. Terbaik!” kongsinya.
Menurut perkongsian tersebut, jambu batu yang mempunyai kulit luar berwarna hijau muda lebih sesuai dipilih berbanding buah yang berwarna hijau tua.

Jadi, selepas ini ketika membeli jambu batu, jangan sekadar pilih berdasarkan saiz atau rupa luaran sahaja.
Perhatikan juga warna kulit supaya tidak tersalah pilih.
Dengan petua mudah ini, semoga pilihan jambu batu selepas ini akan menjadi lebih berbaloi.