KUALI | Video

Shila Amzah cerewet bab makan, tapi tak tolak ayam masak kicap air tangan suami

DI SEBALIK populariti dan kesibukan Shila Amzah memenuhi undangan nyanyian di dalam dan luar negara, penyanyi itu masih melakukan rutin sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.

Percaya atau tidak, Shila, 35, turut ligat memasak di dapur untuk keluarga setiap kali sebelum keluar bekerja walaupun mempunyai pembantu.

Selain ingin suami dan anak-anak merasai air tangannya, Shila juga menganggap memasak adalah sebagai satu terapi.

Berkongsi makanan kegemarannya, Shila memberitahu dietnya akan hancur setiap kali suaminya iaitu Ubai memasak menu ayam masak kicap.

Shila menyifatkan juadah tersebut paling enak yang dimasak oleh Ubai.

Untuk video penuh tonton di YouTube Kuali.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular