KUALI | Video

Satay Kajang Asli 1980 Kampung Baru tarikan sejak 45 tahun lalu

SATAY Kajang Asli 1980 sering dikatakan antara port satay terenak dan terkenal di sekitar Kuala Lumpur sampai ada yang sanggup datang lewat malam semata-mata mahu menikmati hidangan itu di Kampung Baru.

Ia menjadi pilihan ramai disebabkan rasanya yang enak hasil daripada campuran rempah ratus disalut sebelum dibakar.

Satay yang dibakar atas bara panas memang membuatkan aroma wangi terus menusuk hidung dan lemak dagingnya menjadikan ia manis, lemak dan harum.

Suapan pertama memang terasa luar biasa ditambah pula dengan kuah kacang halus, pekat tak cair serta nasi impit cukup melengkapkan rasa.

Lokasi: Satay Kajang Asli 1980 Kampung Baru 

Waktu operasi: 4 petang hingga 4 pagi

Tonton video penuh di YouTube Kuali.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular