KUALI | Video
Chacha Maembong cuma tahu masak kurma, ada alasan tak makan belacan
PELAKON Chacha Maembong mengaku tidak makan belacan sejak dahulu lagi kerana kurang gemar dengan masakan pedas.
Kata adik kepada aktres Emma Maembong itu, apabila makan sesuatu, dia hanya boleh menerima tahap kepedasan paling rendah dengan memberi contoh nasi goreng Cina.
Walau bagaimanapun, kata Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, dia tetap tidak boleh menolak masakan kampung seperti masak lemak cili api dan terung balado (terung cili).
Pada masa sama, Chacha turut mengakui dirinya seorang yang kuat makan, namun dalam keadaan terkawal kerana mementingkan kesihatan.
TONTON VIDEO PENUH