Kopi bonet RM6 memang berbaloi, pilihan premium memang puas hati
PASTI ramai antara anda mencari tempat santai untuk melepaskan penat dan ‘recharge’ tenaga dengan minuman trend seperti kopi, coklat dan matcha.
Kini, trend terbaharu semakin popular ialah ‘kopi bonet’, minuman yang jauh lebih murah berbanding minuman viral lain di pasaran.
Apa yang menariknya, gerai bonet ini bukan sahaja menawarkan minuman premium sedap dan segar, malah suasananya santai dan mesra pelanggan membuatkan ramai memilihnya untuk merasai vibe ‘healing’ selepas waktu kerja.
Bayangkan duduk santai di taman atau tepi jalan sambil menikmati secawan kopi panas atau ais coklat ditemani suasana nyaman dan perbualan mesra bersama rakan.
Paling seronok, harga minuman sangat berpatutan serendah RM6 sahaja!
Dikenali sebagai Street Caffeine, gerai bonet ini menarik perhatian ramai dengan menu popular mereka seperti caramel cappuccino, hazelnut chocolate dan matcha latte — semuanya boleh dinikmati tanpa perlu risaukan bajet.
Jadi, kalau anda nak pengalaman minum kopi unik dan penuh vibe santai, jangan lupa singgah gerai bonet terletak berhadapan Aeon AU2 Setiawangsa.
Tonton video penuh di YouTube Kuali