KUALI | Video
Bapa 'kaki pancing', Farihin Arnia tak kisah makan 'seafood' 2 minggu berturut-turut
PEMPENGARUH dan juga pelakon, Farihin Arnia mengakui harga makanan laut di negeri kelahirannya iaitu Sabah memang lebih murah berbanding di semenanjung,.
Malah di Sabah terdapat banyak pilihan makanan laut yang sedap, segar dengan harga yang cukup berpatutan dan berbaloi.
Kata Farihin, perkara tersebut mungkin disebabkan oleh faktor kedudukan geografi Sabah yang terletak di kawasan yang kaya dengan hasil laut.
Pada masa sama, Farihin turut berkongsi perbezaan antara makanan yang ada di semenanjung dengan di Sabah sejak berhijrah ke Kuala Lumpur kira-kira dua tahun lalu.
TONTON VIDEO PENUH