KUALI | Nutrisi

Smoothie campur kulit telur macam pelik, rahsia cantikkan wajah dan kuatkan tulang

Lead Image

DALAM dunia pemakanan sihat, selalunya ada saja kaedah penjagaan alternatif bantu tingkatkan kesihatan badan dan kulit.

Salah satu trend mendapat perhatian adalah penggunaan kulit telur dalam smoothie - bahan selalunya dibuang namun penuh manfaat, terutama bagi kesihatan tulang dan kulit.

Dalam satu kajian klinikal terkawal diterbitkan Universiti Ajou di Korea Selatan melibatkan wanita pasca-menopaus mendapati pengambilan makanan pengganti diperkaya dengan serbuk kulit telur dan vitamin D memberi kesan positif kepada kesihatan mereka.

Banyak khasiat kulit telur.

Kajian itu mendapati bahawa pengambilan serbuk kulit telur mampu bertindak sebagai kalsium tambahan semula jadi jika dinikmati dalam diet harian.

Bagaimanapun penting untuk memastikan bahawa kulit telur diproses dengan betul seperti dicuci, direbus dan dikisar halus sebelum digunakan untuk mengelakkan risiko sebarang penyakit. 

Kulit telur bukan sahaja mudah diperoleh dan kos rendah, sumber kalsium organik sangat bio-tersedia mudah diserap tubuh berbanding suplemen kalsium biasa.

MENARIK DIBACA : Ada sebab bawang dan kentang tak boleh disimpan bersama, ikut tip ini elak cepat rosak

MENARIK DIBCA : Tak perlu sabun tapi guna air rebusan daun sirih, cara tradisional cuci puting botol susu anak

Selain itu, ia mengandungi mineral lain seperti magnesium dan fosforus menyokong fungsi tulang dan otot.

Kalsium tinggi dalam serbuk kulit telur membantu menguatkan tulang, mencegah osteoporosis dan mengurangkan risiko patah tulang terutama pada golongan warga emas dan wanita selepas menopaus.

Serbuk kulit telur juga membantu menyokong kesihatan kulit, rambut dan kuku kerana ia mengandungi kolagen penting mengekalkan keanjaan kulit, kekuatan rambut serta kuku.

Langkah penyediaan serbuk kulit telur mudah.

Langkah mudah sedia serbuk kulit telur

Untuk mendapatkan serbuk kulit telur selamat dan berkualiti, basuh kulit telur dengan bersih dan rebus untuk sterilisasi.

Jemur atau bakar hingga kering kemudian kisar hingga halus dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tambah satu sudu teh serbuk kulit telur ke dalam smoothie setiap hari.

Serbuk kulit telur juga mudah dimasukkan ke dalam smoothie, jus atau minuman kegemaran tanpa mengubah rasa dengan ketara jika digunakan dalam kuantiti betul.

Campuran serbuk kulit telur dalam makanan dapat membantu menjaga kesihatan.

Perkara perlu diperhatikan

Elakkan penggunaan berlebihan, mulakan dengan sedikit dan lihat respon badan.

Pastikan kulit telur diambil dari sumber sihat dan bebas bahan kimia.

Jika ada alergi telur, elakkan penggunaannya dan dapatkan nasihat pakar kesihatan jika mempunyai masalah kesihatan khusus.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Nak kulit bayi gebu? Ibu-ibu jangan tinggal 5 makanan ini, boleh amal sepanjang kehamilan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Duduk terlalu lama di pejabat punca gemuk! Kerap minum air bantu turun berat badan

Terhangat