Nak kulit bayi gebu? Ibu-ibu jangan tinggal 5 makanan ini, boleh amal sepanjang kehamilan
SELAIN mengamalkan pemakanan sihat, ibu hamil juga digalakkan mengambil vitamin setiap hari bagi memastikan kandungan mendapat cukup nutrisi sepanjang kehamilan.
Gabungan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan ibu secara menyeluruh, malah turut memberi kesan positif kepada perkembangan bayi termasuk kesihatan dan kecantikan kulitnya.
Pemakanan yang baik semasa kehamilan memainkan peranan penting dalam memastikan bayi membesar dengan sihat.
MENARIK DIBACA:Ada sebab bawang dan kentang tak boleh disimpan bersama, ikut tip ini elak cepat rosak
MENARIK DIBACA: Satu gigitan cair di dalam mulut, keenakan putu piring memang tak boleh tolak
Nutrien yang tepat bukan sahaja membantu perkembangan organ dalaman bayi malah boleh mempengaruhi tekstur, kebersihan dan kecerahan kulitnya sejak dari dalam kandungan lagi.
Kulit bayi yang sihat, bersih dan berseri bukanlah satu mitos — ia boleh diperoleh dengan pengambilan makanan kaya nutrien penting sepanjang tempoh kehamilan.
Berikut merupakan lima jenis makanan yang disarankan untuk membantu mencantikkan kulit bayi sejak dalam kandungan:

1. Ikan salmon
Salmon kaya dengan asid lemak Omega-3 yang membantu perkembangan sel-sel kulit bayi dan mengurangkan risiko kulit kering.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin D dan protein menyokong pembentukan tisu kulit yang sihat.
Digalakkan mengambil 1-2 hidangan salmon seminggu dan pastikan dimasak sepenuhnya.

2. Avokado
Buah ini mengandungi lemak sihat dan vitamin E yang penting untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit bayi.
Avokado juga membekalkan vitamin C membantu pembentukan kolagen pada kulit.

3. Buah-buahan beri
Buah strawberi, blueberry dan raspberry kaya dengan antioksidan serta vitamin C.
Nutrien ini membantu melindungi kulit bayi daripada kerosakan dan menyokong pertumbuhan kulit yang licin dan sihat.

4. Telur
Telur merupakan sumber protein lengkap dan mengandungi kolin serta biotin yang penting untuk pertumbuhan sel kulit bayi.
Selain itu, vitamin B-kompleks dalam telur juga menyokong kesihatan kulit dan rambut.

5. Kacang dan bijian
Kacang almond, chia seed dan flaxseed kaya dengan vitamin E, zink dan lemak sihat.
Nutrien ini membantu melindungi kulit bayi daripada keradangan serta menjaga kelembapan semula jadi kulit.