KUALI | Nutrisi

Lebatkan kening guna bawang putih, hanya seminggu dah nampak hasilnya!

Lead Image

KENING lebat dan teratur mampu menonjolkan ekspresi wajah, sekali gus memberikan penampilan muda dan segar. 

Bagi anda mempunyai masalah bulu kening jarang, rutin mudah seperti menggunakan bawang putih mentah sebenarnya boleh dijadikan sebagai amalan harian membantu melebatkan kening secara semula jadi. 

Bawang putih kaya dengan sulfur, selenium dan zat besi membantu merangsang folikel rambut, menguatkan akar kening, meningkatkan peredaran darah di sekitar kening dan radang serta jangkitan kulit.

Kandungan vitamin C juga membantu penghasilan kolagen penting untuk bulu kening tumbuh sihat.

Kandungan antioksidan dapat merangsang pengedaran darah.

Biarpun mempunyai bau yang kuat, bahan masakan itu sebenarnya sudah lama digunakan dalam petua kecantikan tradisional sebagai rawatan penjagaan rambut dan juga bulu kening.

Rutin penjagaan kecantikan semula jadi tidak memberi hasil serta-merta, tetapi lebih selamat untuk jangka panjang tanpa sebarang produk kimia atau rawatan mahal.

MENARIK DIBACA : Smoothie campur kulit telur macam pelik, rahsia cantikkan wajah dan kuatkan tulang

MENARIK DIBACA : Duduk terlalu lama di pejabat punca gemuk! Kerap minum air bantu turun berat badan

Berikut ialah rutin lengkap selama tujuh hari untuk membantu melebatkan kening secara semula jadi.

1. Hari pertama - Ujian alergi dan rawatan permulaan 

Hiris bawang putih dan sapu sedikit di belakang telinga selama 10 minit.

Jika tiada iritasi, gosok perlahan bahagian dalam hirisan bawang putih ke atas kening selama 3 hingga 5 minit.

Elakkan terkena mata kerana bawang putih bleh menyebabkan kepedihan. 

Bilas kening dengan air suam dan sapu gel aloe vera untuk tenangkan kulit.

Lakukan rutin penjagaan selama tujuh hari.

2. Hari Kedua - Rawatan singkat bersama urutan

Ulang langkah hari pertama dan pastikan anda gunakan bawang putih segar setiap kali ulang langkah rawatan. 

Selepas bilas, urut perlahan kawasan kening sekurang-kurangnya 2 minit untuk merangsang peredaran darah.

Sapu minyak kelapa dara sebagai pelembap semula jadi.

3. Hari Ketiga - Rehatkan kulit 

Biarkan kulit kening berehat tanpa rawatan bawang putih.

Teruskan sapu minyak zaitun atau minyak kastor pada waktu malam untuk menyuburkan akar bulu kening.

Jangan gunakan jika kulit luka, terbakar matahari, atau sensitif teruk.

Bawang putih bukan saja baik untuk kesihatan, tapi membantu merangsang pertumbuhan kening.

4. Hari Keempat - Rawatan lebih lama

Ulang sapuan bawang putih seperti biasa dan biarkan selama 8 minit jika kulit tidak terasa pedih.

Bilas bersih dan sapu lidah buaya atau minyak kelapa dara selepas itu.

Lihat jika ada tanda awal pertumbuhan seperti anak bulu halus.

5. Hari Kelima - Rawatan campuran jus dengan minyak kelapa dara

Campurkan jus bawang putih segar dengan minyak kelapa dara.

Campuran minyak argan juga membantu merangsang pertumbuhan kening.

Sapu pada kening menggunakan kapas dan biarkan selama 15 minit.

Bilas seperti biasa dan urut perlahan selepas itu.

6. Hari Keenam - Perhati dan rehatkan kulit 

Rehat kulit kening dari rawatan bawang putih.

Sapu gel aloe vera atau serum semula jadi seperti minyak argan.

Periksa jika ada perubahan pada ketebalan dan pertumbuhan anak rambut.

Sapu gel lidah buaya untuk melegakan kulit.

7. Hari Ketujuh - Rawatan penutup 

Ulang langkah hari keempat menggunakan bawang putih mentah selama lapan minit.

Selepas bilas, sapu minyak kastor sebagai rawatan intensif semalaman. Ini membantu bulu kening tumbuh lebih kuat dan hitam.

Untuk hasil berterusan, amalkan rawatan berkenaan dua hingga tiga kali seminggu. 

Dalam tempoh tiga minggu, kening akan mula penuh, hitam dan kurang gugur.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Boleh lupakan ubat tahan sakit, teh halia penawar semula jadi masalah senggugut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Nak kulit bayi gebu? Ibu-ibu jangan tinggal 5 makanan ini, boleh amal sepanjang kehamilan

Terhangat