KUALI | Nutrisi

Boleh lupakan ubat tahan sakit, teh halia penawar semula jadi masalah senggugut

Lead Image

SENGGUGUT merupakan masalah sering dialami kebanyakan wanita terutamanya pada awal kitaran haid. 

Rasa sakit yang mencengkam di bahagian bawah perut bukan sahaja mengganggu aktiviti harian malah boleh menjejaskan emosi.

Sebagai jalan penyelesaian, pengambilan ubat tahan sakit sering menjadi pilihan untuk melegakan rasa tidak selesa tersebut. 

Namun, kajian menunjukkan bahawa penggunaan ubat-ubatan untuk senggugut secara berterusan boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan dalam jangka panjang.

Pengambilan ubat tahan sakit sering menjadi pilihan melegakan rasa tidak selesa tersebut.

Sebagai alternatif, terdapat pelbagai petua semula jadi boleh diamalkan untuk meredakan ketidakselesaan akibat senggugut. 

Salah satu yang mudah dan berkesan ialah minuman tradisional seperti teh halia.

Halia atau nama saintifiknya zingiber officinale sudah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional bagi merawat pelbagai jenis sakit termasuk senggugut. 

Herba ini bukan sahaja mudah didapati malah kaya dengan khasiat yang bermanfaat untuk tubuh.

Berikut adalah beberapa manfaat utama halia dalam membantu mengurangkan simptom senggugut:

MENARIK DIBACA: Mula berniaga tepi jalan, kini pengusaha Port Banglo Durian Pak Ali raih jualan 19 tan sebulan

MENARIK DIBACA: Segar dan asli, kombinasi taufu fa ‘gedik’ bersama air soya tepi jalan jadi penyegar tekak

Halia yang bersifat anti-radang boleh mengurangkan kesakitan otot rahim.

1. Sifat anti-radang

Halia mengandungi sebatian aktif dikenali sebagai gingerol, yang bersifat anti-radang dan boleh membantu mengurangkan keradangan serta kesakitan di otot rahim semasa haid.

Teh halia sangat membantu melegakan kekejangan otot.

2. Melegakan kekejangan otot

Halia membantu merehatkan otot tegang dan mengurangkan kekejangan yang menyakitkan.

Halia membantu melancarkan aliran darah dan kebas di perut.

3. Melancarkan peredaran darah

Pengambilan halia membantu melancarkan aliran darah, sekali gus mengurangkan rasa sejuk dan kebas di bahagian perut atau kaki semasa haid.

Teh halia sesuai untuk wanita yang mengalami sembelit semasa haid.

4. Menenangkan sistem penghadaman

Teh halia merangsang pengeluaran enzim pencernaan dan membantu makanan bergerak lebih lancar dalam saluran penghadaman, sesuai untuk wanita yang kerap mengalami sembelit ketika haid.

Teh halia juga membantu membuang lebihan angin dalam badan.

5. Mengurangkan kembung dan angin

Semasa haid, ramai wanita mengalami masalah angin dan perut kembung. Teh halia membantu membuang angin berlebihan dari badan dan menenangkan usus.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kacang botol antara 6 ulam terbaik ketika diet, bunga telang pula bantu kuatkan memori

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Lebatkan kening guna bawang putih, hanya seminggu dah nampak hasilnya!

Terhangat