Jangan pandang ringan, tabiat kunyah ais rupanya isyarat awal anemia
MENGUNYAH ais mungkin dianggap sebagai perkara biasa memandangkan ais hanyalah air yang dibekukan.
Namun, tabiat ini sebenarnya mendatangkan risiko kesihatan malah obsesi terhadap ais dikenali sebagai pagophagia.

Apa itu Pagophagia?
Pagophagia ialah keadaan di mana seseorang mempunyai keinginan kuat untuk mengunyah ais kerana sensasi sejuk dan kerasnya.
Kebiasaan ini sering dilakukan secara tidak sedar kerana ia menjadi rutin selepas minum minuman sejuk.
Pakar kesihatan menegaskan bahawa tabiat ini bukan sekadar kebiasaan ringan, malah ia boleh menjadi tanda awal masalah kesihatan tertentu.
MENARIK DIBACA: Bukan telur sebarangan ikan, khasiatnya juga cukup banyak... Sebab itu caviar mahal harganya!
MENARIK DIBACA: Ada sebab atlet dan individu alergi kacang perlu elak minum air kelapa
Tanda penghidap Anemia
Kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar individu yang gemar mengunyah ais mempunyai anemia, iaitu kekurangan zat besi dalam tubuh.
Berdasarkan penemuan, 16 peratus penderita anemia mengamalkan tabiat mengunyah ais.
Sensasi sejuk dari ais membuatkan penghidap anemia merasa lebih selesa, walaupun hanya sementara.
Sementara itu, pagophagia Pagophagia juga tergolong dalam gangguan pemakanan yang dikenali sebagai Pica.

Gangguan ini menyebabkan seseorang berkeinginan mengambil benda bukan makanan contohnya tanah, kertas, dan ais.
Sekiranya tidak diatasi, tabiat ini boleh menjejaskan kesihatan mulut dan gigi.
Ini kerana, tabiat kunyah ais berterusan boleh merosakkan enamel gigi, menjadikan ia mudah berlubang.
Bukan itu sahaja, ia boleh mengakibatkan gigi retak dan dalam kes yang lebih serius, gusi boleh menjadi iritasi sehingga berlakunya penyusutan gusi.