KUALI | Nutrisi

Pelakon Indonesia Nino Fernandez ada cara jaga isteri berpantang, cipta 3 menu bantu ‘boost’ susu ibu

Lead Image

PENGHASILAN susu ibu bukan sahaja bergantung kepada rehat dan kestabilan emosi semata-mata, sebaliknya diet harian juga penting dalam menyokong kelancaran proses penyusuan.

Oleh itu, para suami disaran memainkan peranan menyediakan makanan yang berkhasiat serta kaya nutrien bagi membantu ibu menyusu kekal bertenaga dan sihat.

Menerusi perkongsian di lama TikTok milik pelakon asal Indonesia, Nino Fernandez, pelbagai hidangan disediakan buat isterinya Steffi Zamora yang baru saja melalui fasa bersalin.

Daripada minuman booster sehinggalah ke hidangan pencuci mulut berkhasiat, pelakon itu komited memastikan isterinya mendapat nutrisi terbaik.

Kesungguhan Nino meraih pujian netizen malah ada yang menyifatkan pelakon itu seharusnya menjadi inspirasi buat para suami di luar sana.

Berikut senarai tiga menu yang dihasilkan Nino dipercayai dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Minuman ini bukan sahaja menyegarkan, malah kaya dengan serat, vitamin dan antioksidan.

1. Minuman booster berasaskan buah dan herba

Antara menu utama disediakan Nino ialah minuman booster yang diperbuat daripada epal, pir, kurma merah, beri goji dan barli.

Kesemua bahan direbus sehingga pati keluar sebelum ditambah sedikit madu dan secubit garam untuk keseimbangan rasa.

Minuman ini bukan sahaja menyegarkan, malah kaya dengan serat, vitamin dan antioksidan yang baik untuk tenaga ibu menyusu.

Sari pati ayam membantu memulihkan tenaga badan dan menyokong stamina.

2. Sari pati ayam kampung

Menu seterusnya ialah sari pati ayam kampung yang menggunakan ayam bebas hormon. 

Hidangan ini dimasak secara kukus bersama bahan tambahan seperti kurma merah, beri goji dan ginseng premium.

MENARIK DIBACA: Rasanya menyegarkan, teh O longan rahsia ‘boost’ tenaga sepanjang hari 

MENARIK DIBACA: Tingkatkan penghasilan susu ibu dan redakan sakit kepala, antara 8 kebaikan minum air rebusan halba

Sari pati ayam dipercayai membantu memulihkan tenaga badan, menyokong stamina serta memberikan nutrien penting kepada ibu.

Kacang hijau sememangnya dikenali sebagai makanan yang baik untuk sistem penghadaman.

3. Bubur kacang hijau kurma

Selain hidangan berprotein tinggi, Nino turut menyediakan bubur kacang hijau sebagai pilihan menu ringkas tetapi berkhasiat.

Bubur ini dimasak dengan tambahan madu dan kurma, menjadikannya lebih sihat serta mudah dihadam.

Kacang hijau sememangnya dikenali sebagai makanan yang baik untuk sistem penghadaman, sekali gus sesuai untuk ibu menyusu yang mengalami ketidakselesaan perut.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Cara tradisional hilangkan lendir pada paru-paru perokok, cuma guna 3 bahan mudah dapur sahaja

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kisar cili dengan minyak masak bukan sekadar tahan lama, petua orang dulu-dulu banyak manfaatnya

Terhangat