KUALI | Nutrisi

Tak selesa nak borak, risau mulut busuk... Elak makanan, minuman ini masa sahur

Lead Image

BERPUASA sememangnya memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh, namun tidak dinafikan ada individu berdepan masalah bau mulut.

Keadaan ini berlaku kerana kurangnya penghasilan air liur yang biasanya dirangsang melalui aktiviti makan dan minum.

Sedangkan, air liur memainkan peranan penting dalam mengawal pertumbuhan bakteria di dalam mulut.

Apabila produksi air liur menurun, bakteria lebih mudah membiak dan menghasilkan gas berbau tidak menyenangkan, sekali gus menjadi punca utama mulut berbau.

Menurut perkongsian Dr Fira, penghasilan air liur menurun membuatkan bakteria lebih mudah membiak

Menerusi perkongsian seorang doktor gigi dikenali sebagai Dr Fira di media sosial, terdapat beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan untuk membantu mengurangkan masalah bau mulut ketika berpuasa.

Menurutnya, pemilihan makanan ketika sahur memainkan peranan besar.

“Hindari sahur dengan makanan yang mempunyai bau kuat dan tajam seperti bawang dan petai.

MENARIK DIBACA: Meriah menjelang Ramadan... Lepas 'shopping' di Pasar Chow Kit, baru faham kenapa ramai redah walau sesak

MENARIK DIBACA: Tak buat 'research', terus tuduh peniaga jual Quesillo harga cekik darah - “Puding karamel je pun!”

“Minum air putih secukupnya dan berkumur sekurang-kurangnya 30 saat selepas bersahur,” kongsinya.

Tambahnya lagi, rutin penjagaan kebersihan gigi perlu dilakukan secara menyeluruh sebelum azan Subuh bagi mengelakkan pengumpulan plak dan sisa makanan.

Selain itu, pengambilan minuman berkafein ketika sahur juga perlu dikurangkan memandangkan ia boleh menyebabkan dehidrasi, sekali gus membuatkan mulut menjadi kering.

Justeru, selain menjaga pemakanan dan kebersihan mulut, pastikan tubuh kekal hidrasi dengan minum air secukupnya sepanjang waktu yang dibenarkan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Minum kopi lepas makan durian bahaya? Ini 5 kombinasi makanan sering dilarang ambil bersama

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

5 jenis buah dan sayur paling sesuai untuk pesakit buah pinggang, diabetes

Terhangat