KUALI | Nutrisi

Minum kopi lepas makan durian bahaya? Ini 5 kombinasi makanan sering dilarang ambil bersama

Lead Image

MUNGKIN ada antara anda pernah mendengar amaran durian yang dimakan bersama kopi boleh menyebabkan kematian.

Walaupun kepercayaan ini telah lama wujud, tidak semuanya disokong oleh bukti saintifik kerana rata-rata ia disebarkan dari mulut ke mulut sehingga menjadi 'momokan' dalam kalangan masyarakat.

Namun begitu, penilaian kesan kesihatan terhadap kombinasi makanan ini perlu diteliti berdasarkan prinsip fisiologi penghadaman dan bukti saintifik semasa.

Berikut Kuali rangkumkan lima kepercayaan masyarakat tentang bahaya jika dua makanan diambil bersama.

Limau nipis dan susu jika diambil bersama boleh mengakibatkan cirit-birit.

1. Limau nipis + susu

Terdapat andaian mengatakan bahawa limau nipis atau buah yang kaya dengan vitamin C seperti lemon dan oren sebaiknya tidak diambil bersama susu. 

Susu memerlukan waktu lama untuk dicerna dan jika diambil bersama, susu mudah untuk bergumpal di dalam perut sehingga boleh menyebabkan seseorang itu muntah, sakit perut, loya dan cirit-birit.

Bagaimanpun di dalam perut, susu memang akan bergumpal apabila bertemu asid gastrik dan menjadi proses semula jadi yang tidak berbahaya.

Malah terdapat banyak makanan hari ini menggabungkan asid dan produk tenusu seperti yogurt, smoothie dan pencuci mulut berasaskan lemon dan krim.

Makan daging dan tembikai bersama dikatakan boleh menyebabkan jika diambil bersama boleh menyebabkan perut tidak selesa.

2. Daging + tembikai

Kepercayaan tradisional mengatakan tembikai memiliki sifat lebih cepat hadam berbanding daging dan jika diambil bersama boleh menyebabkan perut seseorang itu menjadi tidak selesa.

Bagaimanapun, tiada bukti santifik mengatakan hal tersebut kerana kedua-dua sumber makanan ini bukan kombinasi beracun atau berbahaya untuk individu yang sihat.

Namun sesetengah individu mungkin akan mengalami masalah seperti kembung perut dan ketidakselesaan berpunca daripada jumlah makanan yang banyak atau masalah penghadaman sedia ada.

Gabungan antara kopi dan durian dianggap terlalu kuat untuk badan.

MENARIK DIBACA: Asyik menguap lepas sahur? Pelajar perubatan kongsi menu 'anti mengantuk' guna formula 'F-P-C Rule'

MENARIK DIBACA: [V] Rosyam Nor pernah ikat perut sebab susah, ‘makan untuk hidup’ jadi pegangan sampai sekarang

3. Durian + kopi

Ramai percaya bahawa durian dan kopi tidak boleh diambil bersama kerana dikatakan boleh menyebabkan darah naik terlalu cepat dan membahayakan jantung.

Kepercayaan tersebut timbul kerana durian dan kopi dianggap 'terlalu kuat' untuk badan memandangkan durian tinggi gula dan kalori, manakala kopi mempunyai kandungan kafein untuk ransangan jantung.

Ada juga mitos mengatakan pengambilan durian dan kopi secara serentak boleh menyebabkan kematian mengejut walaupun tiada bukti perubatan menyokong dakwaan ini.

Namun orang ramai masih perlu berhati-hati jika memiliki masalah kesihatan seperti darah tinggi, jantung dan diabetes kerana gabungan ini boleh menyebabkan rasa berdebar, pening dan perut tidak selesa.

Kopi sering digunakan sebagai bahan perapan atau sos untuk daging.

4. Kopi + daging

Dari sudut penghadaman, kopi boleh meningkatkan asid perut, manakala daging pula mengambil masa lama untuk dihadam.

Gabungan kedua-dua sumber ini mungkin boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rasa pedih ulu hati, kembung perut dan tidak selesa.

Namun, dari sudut keselamatan, tidak bukti saintifik mengatakan gabungan ini berbahaya. Malah dalam dunia kulinari, kopi sering digunakan sebagai bahan perapan atau sos untuk daging.

Namun, pengambilan berlebihan tidak digalakkan terutama jika seseorang itu mempunyai masalah gastrik dan asid refluks (gerd).

Gabungan antara avokado dan pisang dikatakan boleh menyebabkan perut tidak selesa.

5. Pisang + avokado

Ada andaian mengatakan bahawa gabungan kedua-dua buah ini boleh menciptakan rasa kurang selesa pada perut kerana kandungan potasium yang tinggi.

Namun dari sudut saintifik, pengambilan kedua-dua buah-buahan ini merupakan kombinasi sihat untuk badan.

Malah, lemak sihat dari avokado boleh membantu seseorang itu rasa kenyang lebih lama.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Ibu hamil cuba puasa tapi kecundang sebab 'hipo', apa perlu dimakan sejurus berbuka?

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Tak selesa nak borak, risau mulut busuk... Elak makanan, minuman ini masa sahur

Terhangat