Bukan untuk sembelit jer, betik dikisar bersama halia tua bantu legakan masalah kebas kaki
MUNGKIN ramai menjadikan buat betik sebagai agen pelawas perut semula jadi, terutama untuk mereka yang mengalami masalah sembelit dan penghadaman.
Memang benar, betik atau nama saintifiknya carica papaya L baik untuk pelawasan perut kerana mengandungi enzim papain dan serat yang membantu memecahkan protein dan melancarkan pergerakan usus.
Enzim papain dalam betik membantu memecahkan protein sekali gus memudahkan sistem pencernaan manakala serat pula membantu melancarkan proses pembuangan air besar.
MENARIK DIBACA: [V] Nafiez Zaidi ajak lelaki belajar memasak, anggap ada kelebihan kalau rajin ke dapur
MENARIK DIBACA: Wanita kempunan nak makan keropok lekor, katak tiba-tiba lompat masuk dalam kuali panas
Namun tahukah anda, betik bukan sekadar baik untuk proses penghadaman tetapi banyak manfaat lain untuk kesihatan termasuk dalam melegakan masalah kebas kaki.
Orang tua-tua dulu sebenarnya telah lama mengamalkan pengambilan jus betik bersama halia tua sebelum makan pada waktu pagi.
Betik yang dijadikan jus minuman bersama halia tua juga dapat membantu mengurangkan tekanan pada buah pinggang, melancarkan aliran darah ke saraf kaki dan pinggang serta menjadi detoks semula jadi untuk membantu sistem pencernaan.
Bahan-bahan
- 1 biji buah betik (dipotong kecil)
- 2 hiris halia tua
- 1 cawan air suam
Langkah penyediaan
- Kisar betik bersama air suam sehingga menjadi jus.
- Masukkan hirisan halia tua dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.
- Minum pada waktu pagi sebanyak tiga hingga empat kali seminggu.
- Elakkan dicampur gula atau ais.