KUALI | Tip & Trik

Rendam dalam air garam elak terung lebam, warna ungu kekal selepas digoreng

Lead Image

TERUNG antara sayuran sangat digemari ramai kerana rasanya enak dan fleksibel untuk diolah menjadi pelbagai hidangan.

Dari sayur lodeh, balado terung pelengkap salad klasik, semua pilihan hidangan ini menjadikan terung sebagai bahan makanan popular.

Namun, ramai menghadapi masalah untuk mengekalkan warna ungu asli terung selepas dimasak, terutama jika digoreng. 

Terung antara menu kegemaran ramai.

Proses penggorengan dalam minyak panas menyebabkan warna ungu cerah pada kulit terung menjadi pudar atau berubah warna, menjadikan hidangan kurang menarik dari segi penampilan.

Jangan risau, ada kaedah senang trik mudah untuk mengekalkan warna ungu terung goreng agar tetap cerah dan menarik.

MENARIK DIBACA: 'Struggle' turunkan berat badan, buat IF pun tak jalan... Wanita mula nampak perubahan seminggu selepas amal makan telur rebus

MENARIK DIBACA:5 jenis tanaman mudah 'hidup' di dapur, tak payah beli boleh petik kalau nak masak

1. Pilih terung segar

Cuci terung dengan air mengalir hingga bersih, kemudian potong mengikut saiz dan bentuk diinginkan.

Rendam terung dalam air garam.

2. Rendam dalam air garam 

Ini langkah penting untuk mengekalkan warna ungu terung. 

Rendam potongan terung ke dalam air garam selama beberapa minit. 

Air garam ini membantu mengunci warna asli terong supaya tidak hilang atau berubah ketika digoreng.

Potong terung mengikut saiz diinginkan sebelum rendam dalam air garam.

3. Goreng guna minyak panas

Tos terung dari air garam dan tak perlu dicuci. 

Terus goreng terung dalam minyak panas, pastikan terong digoreng hingga masak dengan membalikkan supaya masak secara sekata.

4. Tos dan hidang

Apabila terung sudah nampak lebih lembut dan sedikit mengecut, angkat dan tos minyak berlebihan. 

Siap untuk dihidangkan 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Cef bongkar rahsia omelet hotel sedap, dah boleh buat sendiri dekat rumah!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Dah tiada rupa kalau digoreng... Ada tip mudah elak ikan melekat pada kuali, kulitnya cantik tak terkoyak

Terhangat