KUALI | Tip & Trik

Hari-hari masak memang penat! Cuba 5 cara ini agar tak stress, masa di dapur jadi seronok

Lead Image

SEBAGAI ibu bapa yang bekerja, masa seringkali menjadi 'musuh' untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Tugas di pejabat, menjaga anak-anak, menguruskan rumah serta memasak makanan sihat untuk keluarga setiap hari boleh jadi meletihkan.

Jangan mudah mengeluh! Sebenarnya, ibu bapa cuma perlukan sistem memasak yang fleksibel dan cekap, sekali gus membantu menyediakan sajian berkhasiat tanpa perlu bersusah payah.

Berikut adalah bebereapa cara mudah boleh diamalkan agar dapat menghidangkan juadah lazat dan berkhasiat untuk keluarga tercinta.

Bijak kendalikan masa di dapur.

1. Sediakan menu lebih awal

Daripada rancang setiap resepi secara terperinci, lebih baik sediakan bahan asas boleh digunakan sepanjang minggu. 

Bakar sayur, rebus ayam, masak nasi atau pasta dalam kuantiti besar. Bila bahan asas dah siap, mudah buat wrap, sup atau nasi goreng cepat.

2. Satu menu, dua gaya

Tak perlu susah-susah masak dua jenis hidangan berbeza. 

Cukup masak satu menu asas sahaja, kemudian ubah suai mengikut cita rasa setiap ahli keluarga.

MENARIK DIBACA : Tiada stok ayam pun tak mengapa, ganti air kelapa buat pemanis sup lagi sedap

MENARIK DIBACA: Anak-anak payah telan ubat? Buah pir kukus petua redakan batuk dan sakit tekak

Cara ini menjimatkan masa dan tenaga, tapi tetap memastikan setiap orang dapat menikmati hidangan yang disukai.

Siapkan menu lebih awal dan simpan dalam peti.

3. Simpan dalam peti sejuk beku

Masak lebih sedikit dan simpan lebihan makanan dalam peti sejuk beku. Jangan lupa letakkan label dengan jelas pada setiap bekas.

Apabila hari anda terlalu sibuk atau anak demam, mesyuarat lewat sebagainya anda boleh segera panaskan makanan sudah siap tanpa perlu memasak dari awal.

4. Gunakan periuk tekanan 

Alat memasak seperti periuk tekanan boleh memasak makanan dengan cepat tanpa perlu pantau sentiasa. 

Tinggal masukkan bahan, set masa, dan biarkan ia masak sendiri. Cara ini juga membantu anda untuk tidak berulang alik ke dapur.

5. Guna bahan siap pakai 

Tak salah untuk menggunakan bahan separuh siap seperti sayur sudah dipotong, rempah digiling atau stok ayam dan daging dalam kiub. 

Ini boleh jimatkan masa dan tenaga.

6. Libatkan anak-anak dan pasangan

Kalau anak-anak sudah besar sikit, ajar mereka bantu dengan tugas mudah seperti mengadun, menghidang atau membasuh sayur. 

Ini bukan saja jimat masa tapi juga mengeratkan hubungan keluarga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Dapur kaca nampak moden tapi datang dengan risiko... Ini panduan elak kejadian tak diingini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Bukan sahaja berbeza rasa, fungsi dan kegunaan salted dan unsalted butter pun tak sama

Terhangat