Bukan sahaja berbeza rasa, fungsi dan kegunaan salted dan unsalted butter pun tak sama
PERASAN tak, setiap kali beli mentega pasti ada dua label yang biasa kita jumpa - salted butter dan unsalted butter?
Rupanya masih ramai yang masih keliru tentang perbezaan kedua-dua jenis mentega tersebut.
Walaupun nampak serupa, kedua-duanya sebenarnya berbeza dari segi rasa, fungsi, dan kegunaan dalam masakan.
Jom Kuali kongsikan cara mudah untuk bezakan salted butter dan unsalted butter.

Apa itu salted butter?
Salted butter ialah mentega yang ditambah garam semasa pemprosesan, asalnya untuk tujuan mengawet.
Rasanya lebih masin, tetapi tetap berlemak dan berkrim.
Selalunya digunakan terus sebagai sapuan pada roti kerana rasanya sudah cukup seimbang tanpa perlu tambah garam lagi.
Kegunaan Salted Butter:
- Sesuai untuk menumis sayur yang digril atau menyediakan sos yang perlukan sedikit rasa masin.
- Digunakan dalam biskut atau kek yang tidak memerlukan kawalan garam ketat, contohnya butter cake dan butter cookies.
MENARIK DIBACA: Cef bongkar rahsia omelet hotel sedap, dah boleh buat sendiri dekat rumah!
MENARIK DIBACA: Jangan pandang ringan, tabiat kunyah ais rupanya isyarat awal anemia
Apa itu unsalted butter?
Unsalted butter pula tidak mengandungi garam tambahan.
Rasanya lebih ‘asli’ dan membolehkan kita mengawal sendiri jumlah garam dalam masakan.
Ia sering menjadi pilihan chef profesional kerana lebih mudah untuk menyeimbangkan rasa dalam adunan.
Kegunaan Unsalted Butter:
- Sesuai untuk kek atau biskut yang perlukan rasa lebih halus dan tepat seperti kek coklat atau kek oren.
- Membantu menonjolkan rasa bahan utama seperti herba segar, lemon atau bawang putih
- Untuk menumis ringkas makanan laut seperti udang atau ikan kerana dapat menyerlahkan rasa manis semula jadi isi laut.