KUALI | Resipi Tradisi

Tiada stok ayam pun tak mengapa, ganti air kelapa buat pemanis sup lagi sedap

Lead Image

SUP ayam sememangnya menjadi pilihan tidak kira sihat atau tidak.

Rasanya yang lembut dan menyegarkan menjadikannya hidangan sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Tapi kadang-kadang, lidah kita pun mahu sesuatu rasa yang berbeza lebih unik dan berkhasiat.

Sup ayam sangat enak dinikmati bersama roti putih.

Salah satu cara mudah untuk mencipta kelainan adalah dengan menggantikan atau mencampurkan stok ayam dengan air kelapa muda sebagai asas kuah.

Air kelapa memberikan rasa manis semula jadi yang lembut dan sangat sempurna apabila digandingkan bersama ayam serta herba seperti serai, halia dan daun limau purut.

MENARIK DIBACA: 'Struggle' turunkan berat badan, buat IF pun tak jalan... Wanita mula nampak perubahan seminggu selepas amal makan telur rebus

MENARIK DIBACA: Letak cili kering pun tak jalan, kutu beras tetap ada! Cuba daun kari dan limau purut pula

Malah air kelapa ini juga membuatkan isi ayam atau ikan lebih lembut.

Bahan-bahan

  • 500g isi ayam (bahagian dada atau peha, potong kecil)
  • 2 cawan air kelapa muda (lebih segar jika dari kelapa segar)
  • 1 cawan isi kelapa muda (keruk halus)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji cili merah (dihiris serong)
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • ½ sudu kecil lada putih
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.
  2. Tambahkan ayam yang telah dipotong dan gaul sehingga ayam separuh masak.
  3. Masukkan air kelapa muda dan biarkan sup mendidih perlahan-lahan.
  4. Masukkan garam, lada putih, daun limau purut dan cili merah. Rasa dan laraskan mengikut citarasa anda.
  5. Jika suka, tambahkan isi kelapa muda di akhir sekali. Biarkan ia masak sebentar sahaja.
  6. Taburkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Hidangkan panas-panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Semerbak baunya, anak-anak 'confirm' berebut makan... Jom cuba resipi kek pisang Mr. Ali

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Pencinta rangka ayam, kena cuba resipi sup korok... Juadah ‘sempoi’ tapi power!

Terhangat