KUALI | Tip & Trik

Penggemarnya ramai tapi tak tahu masak! Ikut 7 langkah ini pasti paru tak hanyir dan rangup

Lead Image

RAMAI sebenarnya penggemar paru lembu namun tidak pula ramai yang rajin memasaknya.

Bukan apa ramai tidak tahu cara membersihkan organ dalaman ini dengan betul yang akan menyebabkan hidangan dibuat berbau hanyir.

Bagi yang pertama kali mahu memasak hidangan paru, paling penting adalah mengetahui cara membersihkan organ ini agar tidak berbau hanyir.

Selalunya paru lembu digoreng dan dimasak belado.

Paling penting, ia rangup apabila digoreng selain masakan jadi lebih sedap tanpa sebarang bau kurang menyenangkan.

Sebenarnya, terdapat satu petua mudah boleh dicuba bagi memastikan paru lembu tidak hanyir apabila dimasak.

MENARIK DIBACA: Cef bongkar rahsia omelet hotel sedap, dah boleh buat sendiri dekat rumah!

MENARIK DIBACA: Jangan pandang ringan, tabiat kunyah ais rupanya isyarat awal anemia

Cara ini bukan sahaja praktikal tetapi sudah terbukti berkesan untuk menghasilkan paru yang sedap dan berbau harum.

Berikut adalah tujuh langkah mencuci paru dengan betul.

1. Langkah paling penting adalah mencuci paru sehingga hilang warna air darah.

Tepung dan cuka antara bahan digunakan untuk membersihkan paru.

2. Kemudian bersihkan paru menggunakan campuran tepung gandum bersama cuka atau perahan limau nipis.

3. Seterusnya, basuh dan toskan sekali lagi sebelum dimasukkan ke dalam periuk berisi air.

4. Dalam rebusan tersebut, campurkan asam keping, garam, serai dan halia secukupnya. Serai dan halia berfungsi untuk menghilangkan bau hanyir yang kuat.

Campuran garam dan serai membantu menghilangkan hanyir paru lembu apabila direbus.

5. Rebus kira-kira selama 35 minit menggunakan api sederhana besar sahaja. Tak perlu tutup periuk, nanti air melimpah.

6. Sebelum mula menggoreng, gaul paru bersama kunyit, garam dan sedikit serbuk perasa.

7. Goreng hingga kekuningan dan angkat. Paru pasti sedap dan rasa hanyir pun hilang. Boleh goreng sebanyak dua kali sekiranya ingin paru lebih rangup berbanding biasa.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Simpan bawang dalam peti ais sebelum dipotong, ‘confirm’ air mata tak lagi mengalir

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Span cuci pinggan tempat bakteria membiak, bersih guna microwave paling berkesan

Terhangat