KUALI | Tip & Trik

Estetik tapi berisiko, ada bahaya menanti guna mangkuk kayu dalam microwave

Lead Image

TREND gaya dekorasi minimalis menjadikan perkakas dapur berasaskan kayu semakin popular.

Bukan sahaja kerana nilai estetika, ia dianggap lebih mesra alam berbanding perkakas plastik mahupun kaca.

Namun, di sebalik kecantikannya, bahan kayu mempunyai risiko apabila dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).

Permukaan perkakas kayu berisiko retak disebabkan haba tinggi.

Sama seperti logam, mangkuk kayu tidak sesuai digunakan untuk memanaskan makanan dalam microwave.

Ini kerana tahap haba dan radiasi yang dipancarkan oleh gelombang mikro boleh menyebabkan permukaan kayu retak atau melengkung.

Meskipun ia tidak mudah terbakar, lapisan gam yang digunakan pada mangkuk kayu boleh mengeluarkan asap atau cairan yang mungkin meresap ke dalam makanan.

MENARIK DIBACA: Sapu sikit minyak, rahsia kentang goreng rangup guna air fryer

MENARIK DIBACA: Papan pemotong pun ada jangka hayat! Ada sebab jangan guna jenis plastik lebih daripada

Sementara itu, penggunaan bahan kayu juga tidak sesuai kerana ia boleh menyerap bau dan rasa daripada makanan.

Oleh itu, sebaiknya bertukar kepada bahan lebih selamat misalnya kaca dan seramik yang tahan haba tinggi serta tidak mempunyai bahan kimia berbahaya.

Bekas makanan daripada silikon atau plastik jenis Polypropylene (PP) juga boleh digunakan, asalkan mempunyai label microwave-safe.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Selain pisang dan nanas, buah-buahan ini lagi sedap kalau dipanggang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Benda boleh jimat buat apa beli? Senang betul DIY sabun cuci pinggan, guna 5 bahan jer

Terhangat