Api kena pelan, minyak jangan terlalu banyak... Rahsia kacang tanah goreng rangup dan sedap dikunyah
KACANG tanah goreng senang disediakan namun jika tersalah tip, ia boleh hangit dan tidak sedap dimakan.
Ramai leka mengunyah kacang goreng, rasanya yang lemak enak dimakan begitu sahaja.
Namun, setiap kali mengenangkan perlu berdiri lama untuk proses sangai dan menggoreng serta perlu sentiasa kacau kacang agar tidak hangit, hilang semangat jadinya.

Kini tak perlu lagi memikirkan kacang tanah lemau tidak garing kerana ada cara menggoreng kacang garing dan kekal rangup dalam masa singkat.
Berikut cara menggoreng kacang mudah disediakan sendiri di rumah:

1. Cuci kacang tanah terlebih dahulu kemudian toskan.
2. Masukkan kacang ke dalam kuali dan kacau sehingga air kering.
3. Kemudian masukkan tujuh sudu besar minyak masak. Sukatan ini sesuai untuk 1kg kacang tanah.
MENARIK DIBACA: Saiz dapur kecil bukan masalah, ada cara deko agar nampak luas dan praktikal
MENARIK DIBACA: Kulit risoles mudah pecah selepas digoreng, puncanya ramai tertinggal 2 bahan ini
4. Gunakan api dapur paling kecil, kacau kacang selama 25 minit.
5. Apabila kacang mula berbuah warnanya, tutup api, angkat dan tos minyak.
6. Pada permulaan proses ini, kacang mungkin kurang rangup namun ia akan bertukar rapuh selepas sejuk.

Mengunyah kacang tanah bagaimanapun elok dimakan pesakit kencing manis dalam kuantiti sederhana.
Kacang tanah juga mengandungi magnesium, mineral dapat melindungi daripada penyakit jantung.