KUALI | Tip & Trik

Tangan pijar lepas potong cili, ada cara hilangkan rasa pedih dengan cepat

Lead Image

ADA sesetengah jenis cili, memang kuat pedasnya sehinggakan mampu meninggalkan kesan pijar pada tangan dan jari ketika memotongnya.

Keadaan ini bukan disebabkan oleh haba, tetapi lada mengandungi capsaicin dan sebatian ini boleh merangsang reseptor deria sakit sekiranya terkena pada kulit. 

Capsaicin melekat pada kulit boleh menyebabkan rasa panas, pedih dan berdenyut walaupun tangan sudah dibasuh dengan air.

Capsaicin melekat pada kulit boleh menyebabkan rasa panas.

Jika tangan hanya dicuci menggunakan air, capsaicin sukar tertanggal dari kulit namun ia bahan ini boleh larut dalam minyak atau lemak.

Jadi, salah satu cara berkesan untuk menghilangkan rasa pijar ini adalah dengan menggunakan minyak masak. 

Berikut adalah cara untuk menanggalkan capsaicin menggunakan minyak masak: 

Lumur minyak secukupnya pada tangan terasa pijar.

1. Tuangkan sedikit minyak

Lumur minyak masak secukupnya pada tapak tangan terasa pijar.

Gosok perlahan dan biarkan seketika agar minyak masak melunturkan kesan lada.

2. Gosok perlahan

Gosok minyak pada keseluruhan tapak tangan, celah jari dan kawasan pedih selama 2 minit. 

MENARIK DIBACA: Elak minyak meletup dan merecik ketika menggoreng hanya guna garam

MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik

Elakkan menggosok terlalu kuat kerana khuatir tapak tangan boleh terluka. 

Biarkan seketika agar minyak melekat pada kulit selama kira-kira 1 minit dan melarutkan capsaicin sepenuhnya.

Guna sabun cuci pinggan untuk lunturkan kesan minyak.

3. Basuh guna sabun

Gunakan sabun untuk tanggalkan larutan capsaicin. 

Lebih baik guna sabun pencuci pinggan kerana ia mengandungi larutan bahan basmi minyak lebih kuat berbanding sabun mandi. 

Bilas tangan dengan air suam lebih lembut pada kulit.

4. Bilas tangan dengan air suam.

Penggunaan air suam dapat membantu untuk bilas sisa minyak pada kulit dan tapak tangan. 

Air sejuk tidak larutkan minyak sepenuhnya dan berkemungkinan masih kulit masih tersisa capsaicin.

Elakkan penggunaan air panas secara terus kerana ia boleh meningkatkan rasa pijar.

Sekiranya selesai memasak, boleh sapukan tapak tangan dengan losyen bagi mengembalikan kelembapan kulit.

Lebih mudah, guna sarung tangan ketika memotong cili untuk elak pijar.

Juga, boleh ikuti langkah penjagaan tambahan seperti elak dari tersentuh mata, muka atau mulut sebelum membilas tangan sepenuhnya. 

Jika kulit sensitif, gunakan minyak zaitun kerana ia lebih lembut.

Bagi mengelakkan masalah ini berulang guna sarung tangan semasa memotong lada dan boleh juga sapu sedikit minyak pada tapak tangan sebelum mengendalikan bahan masakan ini.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Ada sebab ikan keli meletup ketika digoreng, bahan ini boleh mengatasinya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Api kena pelan, minyak jangan terlalu banyak... Rahsia kacang tanah goreng rangup dan sedap dikunyah

Terhangat