KUALI | Tip & Trik

Tak perlu periuk, masak nasi guna tapis pun boleh! Geng-geng bujang boleh cuba cara ini

Lead Image

SELAIN menggunakan periuk nasi, terdapat pelbagai beberapa cara hendak memasak nasi seperti menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun diletakkan di dalam cawan.

Terbaharu, hanya menggunakan tapis dan kuali, nasi boleh dimasak dengan lebih cepat dengan jumlah yang diperlukan sahaja.

Paling penting, hasilnya tetap lembut dan masak sekata seperti menggunakan periuk nasi.

MENARIK DIBACA: Mudah dan sedap... Ini resipi bubur cha cha cara orang lama, 5 minit dah siap!

MENARIK DIBACA: Ada sebab ikan keli meletup ketika digoreng, bahan ini boleh mengatasinya

Kaedah ini sesuai ketika peralatan memasak terhad atau bagi mereka yang ingin mencuba teknik memasak berbeza di rumah.

Selain menjimatkan masa, trik memasak nasi dengan tapis dan kuali ini juga boleh menjimatkan penggunaan gas. Caranya juga sangat mudah.

Langkah penyediaan

  1. Cuci beras dan toskan. Biarkan beras di dalam tapis.
  2. Sediakan kuali, masukkan air dan letak tapis berisi beras yang telah dicuci di atas kuali dan tutup menggunakan penutup periuk
  3. Guna api sederhana dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.
  4. Nasi akan lebih cepat masak, malah teksturnya juga lebih lembut.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Kuali lama boleh jadi baru, hanya guna garam dalam teknik ‘seasoning’ 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Ada sebab ikan keli meletup ketika digoreng, bahan ini boleh mengatasinya

Terhangat