KUALI | Tip & Trik

Sayang nak buang periuk bocor? Boleh tampal guna asam jawa, hanya ikut langkah mudah ini

Lead Image

DARI memasak nasi hingga menyediakan hidangan berkuah, periuk antara peralatan dapur wajib digunakan setiap hari.

Disebabkan itu juga peralatan itu mudah 'bocor' atau retak kerana kerap terdedah kepada suhu tinggi.

Masalah ini sangat menjengkelkan sehingga menyukarkan proses memasak sehingga menyebabkan pembaziran kerana makanan dimasak tumpah.

Kebocoran ini membuatkan ramai bertindak membuangnya dan membeli perkakas baharu sedangkan ia masih boleh dibaiki.

Campurkan asam jawa dengan sedikit air bagi menghasilkan bancuhan pes pelekat.

Percaya atau tidak, kebocoran pada periuk boleh diperbaiki dengan hanya menggunakan asam jawa!

Asam jawa bukan sahaja digunakan dalam masakan sebagai penambah rasa, tetapi memiliki kebolehan sebagai pelekat semula jadi menampal kebocoran kecil pada periuk.

MENARIK DIBACA: Elak minyak meletup dan merecik ketika menggoreng hanya guna garam

MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik

Penggunaan asam jawa juga mesra alam, daripada membuang periuk masih boleh digunakan anda boleh memperbaikinya sekali gus menjimatkan wang.

Berikut adalah cara untuk membaiki kebocoran pada periuk menggunakan asam jawa.

Periksa bahagian periuk retak atau sedikit bocor dengan teliti.

1. Kenal pasti kebocoran atau retakan

Periksa bahagian bawah atau sisi periuk untuk memastikan lokasi kebocoran kecil atau retak halus.

2. Bersihkan kawasan rosak

Cuci periuk dan lap sehingga kering, terutama di bahagian bocor supaya tiada minyak, air atau kotoran.

3. Sediakan asam jawa

Rendam asam jawa dengan sedikit air suam sehingga lembut, kemudian gaul sehingga menjadi pes yang pekat.

Ratakan pes asam jawa pada permukaan periuk retak atau bocor.

4. Sapukan asam jawa pada bahagian bocor

Ambil pes asam jawa dan tekan kuat-kuat pada kawasan kebocoran atau retakan. Pastikan ia menutupi sepenuhnya bahagian tersebut.

5. Ratakan dan kemaskan tampalan

Ratakan permukaan tampalan supaya padat dan melekat kemas pada periuk.

6. Keringkan menggunakan haba

Letakkan periuk di atas dapur dengan api kecil selama beberapa minit. Haba akan membantu mengeraskan asam jawa dan menguatkan tampalan.

Lap periuk dengan kain bersih sebelum ditampal dengan asam jawa.

7. Sejukkan dan uji periuk

Biarkan periuk sejuk sepenuhnya, kemudian isi air untuk menguji sama ada kebocoran berjaya ditutup.

Petua tambahan adalah disarankan tidak menyental bahagian tampalan terlalu kuat ketika mencuci.

Sekiranya kebocoran berulang, pertimbangkan untuk menggantikan periuk baharu demi keselamatan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Cili benggala pun ada jantina, ‘betina’ lebih manis sedap dimakan mentah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Jangan panik masakan terlebih masin, bunjut beras bantu serap garam 

Terhangat