Elak dapur kotor, ini tip tumis sambal tak merecik ke dinding dan lantai
SELALUNYA kalau menumis sambal, memang terasa macam ada 'peperangan' kecil di dapur.
Bukan sahaja tangan dan periuk berkecah, dinding dapur pun boleh terkena percikan cili dan kadang-kadang sampai ke lantai sekali.
Sudahlah penat memasak tak hilang, tak fasal-fasal kena pula bersihkan permukaan dapur, lap dinding dan mop lantai.

Sebab itulah ada yang lebih rela membeli sambal tumis yang sudah siap dijual di pasaran berbanding membuatnya sendiri di rumah.
Tapi, rupa-rupanya ada cara mudah untuk mengelakkan sambal tumis daripada merecik ketika dimasak.
Rahsianya terletak pada cara mengisar bahan.
Menurut perkongsian seorang pengguna di Threads, elakkan menambah air ketika mengisar bahan sebab itulah punca sambal merecik ketika ditumis.
MENARIK DIBACA: Nama je sambal kicap, langsung tak rasa cili! Sudahnya makan bihun sup masin, kuah bertukar warna
MENARIK DIBACA: Sambal matah mudah nak buat, layan dengan nasi panas dah tak toleh kiri kanan
Sebaliknya, bahan seperti cili, bawang dan lain-lain kena dikisar gunakan sedikit minyak masak.
“Blend bahan-bahan dengan sedikit minyak masak. Jangan blend guna air. Bila ada air, sebab itu sambal kita merecik-merecik sampai ke dinding,” kongsinya.
Tambahnya lagi, kalau nak sambal sedikit cair, air masih boleh ditambah tetapi di peringkat akhir menumis.
“Mula-mula lepas tuang bahan kisar dalam kuali, saya biarkan dia masak sekejap sampai keluar minyak, kemudian baru tambah sikit air asam jawa,” jelasnya.