KUALI | Minuman
Air coklat campur buah-buahan cetus letupan rasa dalam mulut, buat penghilang dahaga dalam cuaca panas
CUACA panas berpanjangan sejak kebelakangan ini memang buat tekak teringin nak minum sesuatu yang manis bagi menghilangkan dahaga.
Bertambah sedap kalau dapat teguk minuman menggabungkan rasa koko yang dicampur dengan buah-buahan tropika.
Bayangkan sejuk-sejuk, rasa cokelat yang pekat serta rasa masam dan manis daripada buah-buahan memang menyegarkan.
Selain hilang dahaga, gabungan jus buah-buahan kaya dengan kandungan vitamin C dan serat juga membantu menyokong imun badan dan sistem penghadaman.
Kali ini Kuali kongsikan satu resipi minuman untuk memenuhi selera yang dapat membantu mengembalikan tenaga dan menghilangkan dahaga.
Bahan-Bahan:
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 cawan air sejuk
- 1/2 cawan campuran jus buah oren, epal, kiwi
- 1/2 cawan ais kiub
- 2 sudu besar gula
- 1/2 cawan susu berkrim
- 1 sudu kecil air limau nipis
Langkah penyediaan:
- Campurkan serbuk koko dengan air sejuk satu gelas. Kacau sehingga larut sepenuhnya.
- Tambahkan jus buah pilihan ke dalam campuran tadi dan kacau rata.
- Masukkan ais kiub. Untuk rasa lebih segar, tambah buah-buahan segar dipotong kecil, seperti strawberi atau oren.
- Jika anda mahu minuman lebih berkrim dan berperisa buah, masukkan campuran tadi bersama susu dan air limau nipis ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus dan berkrim.
- Tuangkan ke dalam gelas, tambah lebih ais jika mahu dan hidangkan segera.