Ais krim laici ‘homemade’ buat ketagih, perah lemon sikit memang terangkat rasanya
BUAH laici bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja tetapi boleh diolah menjadi pelbagai pencuci mulut menarik dan lazat.
Kalau sebelum ini buah laici hanya dimasukkan dalam minuman seperti air tembikai, sirap dan laici - apa kata kali ini cuba buat ais krim pula.
Paling penting, tidak perlu menggunakan mesin untuk membuat ais krim sebaliknya hanya perlu mengisar buah laici sehingga menjadi puri.

Dengan penambahan beberapa bahan seperti krim putar, perahan lemon dan esen vanila, ia pasti menjadi pencuci mulut yang enak dan menyegarkan.
Jom baca cara-cara membuatnya.
MENARIK DIBACA: Mengidam makanan manis sebelum tidur? Ada sebab ‘dark chocolate’ pilihan terbaik
MENARIK DIBACA:Tak payah guna serbuk perasa, tumbuk campuran bahan-bahan ini cukup buat nasi goreng bertambah sedap
Bahan-bahan:
1 cawan buah laici segar (lebih kurang 10–12 biji)
1 1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil jus lemon
Sedikit esen vanila
Langkah penyediaan:
1. Kupas dan buang biji laici. Kisar isinya hingga halus dan jika suka tekstur, boleh asingkan sedikit laici cincang untuk dimasukkan kemudian.
2. Guna mixer dan pukul whipping cream dalam mangkuk bersih hingga kembang dan membentuk 'soft peak'.
3. Masukkan susu pekat, puri laici, jus lemon dan esen vanila ke dalam whipping cream yang telah dipukul tadi.
4. Gaul rata dengan spatula dan jangan terlalu lama, cukup hingga sebati.
5. Tuangkan campuran ke dalam bekas bertutup. Tabur laici cincang jika mahu.
6. Tutup dan bekukan selama 6–8 jam atau semalaman untuk hasil terbaik.