Mengidam makanan manis sebelum tidur? Ada sebab ‘dark chocolate’ pilihan terbaik
TIDAK dapat dinafikan, ramai orang cenderung mengambil makanan manis pada waktu malam terutamanya selepas penat menjalani rutin harian.
Namun pengambilan snek yang tinggi kandungan gula sebelum tidur boleh menggangu kesihatan termasuk berat badan dan kualiti tidur.
Berita baiknya, ada juga makanan manis tetap sihat dan sesuai dimakan waktu malam asalkan diambil dalam kuantiti sederhana.
Berikut adalah 5 pilihan makanan manis yang sihat dan mesra waktu malam:

1. Yogurt greek bersama madu dan buah beri
Yogurt greek adalah sumber protein tinggi dan mengandungi probiotik untuk kesihatan usus.
Tambahkan sedikit madu asli untuk rasa manis semula jadi dan buah beri seperti strawberi atau beri biru yang rendah kalori tetapi kaya antioksidan.
Ia bukan sahaja memuaskan keinginan terhadap makanan manis malah bantu sistem penghadaman.
MENARIK DIBACA: Nak sedap tumis bahan perapan sebelum lumur pada ikan, balut guna daun pisang isi tak hancur
MENARIK DIBACA:Tak payah guna serbuk perasa, tumbuk campuran bahan-bahan ini cukup buat nasi goreng bertambah sedap

2. Pisang dengan mentega kacang
Pisang mengandungi magnesium dan triptofan iaitu dua nutrien penting yang membantu tubuh menjadi lebih relaks sebelum tidur.
Dipadankan dengan sedikit mentega kacang tanpa gula tambahan, ia memberi rasa kenyang dan lemak sihat yang baik untuk jantung.

3. Kurma dan badam
Kurma adalah sumber gula semula jadi yang kaya dengan serat dan mineral seperti kalium dan zat besi.
Dikombinasikan dengan badam tinggi protein dan lemak sihat, ia menjadi snek ideal untuk waktu malam yang mengenyangkan tanpa membebankan sistem pencernaan.

4. Puding chia
Puding chia boleh disediakan dengan mencampurkan biji chia bersama susu badam, oat atau rendah lemak dan disimpan dalam peti selama beberapa jam hingga menjadi tekstur seperti puding.
Tambahkan sedikit madu atau buah segar untuk rasa manis. Ia kaya dengan serat, omega-3 dan paling penting mengenyangkan.

5. Coklat gelap (70 peratus koko ke atas)
Jika anda peminat coklat, pilihlah coklat gelap yang mengandungi sekurang-kurangnya 70 peratus koko.
Ia mengandungi antioksidan dan kurang gula berbanding coklat susu. Ambil dalam kuantiti kecil sekeping dua sahaja untuk elakkan terlebih kalori.