KUALI | Resipi Tradisi

Nak sedap tumis bahan perapan sebelum lumur pada ikan, balut guna daun pisang isi tak hancur

Lead Image

IKAN cencaru yang dibalut dengan daun pisang sebelum dibakar bukan sahaja menghasilkan bau wangi tetapi isinya masih sekata dan lembut. 

Tak cukup dengan itu, daun pisang membantu mengekalkan kelembapan dan melindungi ikan daripada terkena api secara langsung ketika dibakar.

Apa lebih penting, penggunaan daun pisang turut membuatkan isi ikan tidak mudah hancur dengan syarat ia dibalut dengan sempurna.

Ikan cencaru yang dibalut rapi dengan daun pisang lalu dibakar perlahan menghasilkan rasa yang begitu wangi serta isi yang kekal lembut tanpa hancur.

Balutan penting untuk membolehkan ikan menyerap aroma daun pisang selain rempah yang disalut bagi menjadikan ia lebih enak.

Nak lebih sedap, sebaik-baiknya bahan perapan ikan ditumis terlebih dahulu sebelum dilumur ke atas ikan dan dibakar.

Memang menggiurkan... Jom tengok resipi ikan bakar yang disediakan Kuali kali ini.

MENARIK DIBACA: Resipi jatuh nombor dua, bermain dengan rasa buat masakan anda jadi sedap

MENARIK DIBACA:Secawan kopi serendah RM6, ini 5 port kafe harga bajet

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan cencaru 
  • 3-4 helai daun pisang (layukan dengan api atau air panas supaya mudah membalut)
  • 1 sudu besar minyak untuk menumis
  • Bahan kisar:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah (boleh tambah cili padi jika suka pedas)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu serbuk kunyit)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit lada sulah

Rasa ikan bukan sahaja beraroma malah menjadi lebih lembut.

Langkah-Langkah penyediaan:

1. Kisar semua bahan kisar sehingga halus.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.

3. Sejukkan bahan tumis tadi kemudian lumurkan rata pada seluruh badan ikan cencaru. Pastikan bahagian dalam perut ikan juga disapu rempah.

4. Balut ikan dengan daun pisang, lipat kemas supaya isi ikan tidak keluar dan tidak mudah hancur masa dibakar.

5. Panaskan bara atau grill, letakkan ikan yang sudah dibalut di atas api sederhana.

6. Bakar ikan selama 15-20 minit setiap sisi atau sehingga daun pisang sedikit hangus dan ikan masak sempurna.

7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas dan sambal belacan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Sambal petai bersama ikan bilis memang buat tambah nasi, menu perosak diet

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Tak payah guna serbuk perasa, tumbuk campuran bahan-bahan ini cukup buat nasi goreng bertambah sedap

Terhangat